Video hampir setengah tahun Acap hilang. Akhirnya tak sangka ini luahan terkini Abang Acap. Ada beberapa benda ganjil yang terpaksa mereka simpan.

Hari Ini Genap 6Bulan Kehilangan Kau Dik. Hilang Tanpa Jejak Menjadi Persoalan tinggalkan Seribu Satu Tanda Tanya. Banyak Yg Abang Belajar Dari Sini Menyusuri Setiap Kisah Yg Hadir Bersama Kehilangan kau

Begitu Banyak Doa Utk Kesejahteraan Kau Dik. Sahabat2 Dari Segenap Pelusuk Tak Henti Doakan Kau. Mereka Bersimpati Dan Banyak Memberi Semangat Pada Keluarga Kita Lebih2 Lagi Kepada Mak. Terima Kasih. Dorongan & Semangat Singgah Bersama Hasad Iri Dan Fitnah. Inilah Lumrah Asam Garam Kehidupan. Untuk Kau Dik Abang Masih Disini.

-Setengah Tahun-

Update SAR 19&20 OKTOBER. 19hb Tiba Di Gopeng

11am Lakukan Rondaan Biasa. Hujan Renyai. Ketibaan Perawat Dari Kelantan. Pak Firdaus (Kelantan) minta dibawa ke spot marking. Kali Ini Perawat Menjurus Kepada Semua Pintu2 Gua.

Pulang Ke Based Berjemaah Maghrib. Berbincang Dgn Owner Based Tok Anjang Dan Semua Unit2 SAR Yg Ada. Bertukar2 Informasi Dan Susun Atur Gerak. 20hb Bersarapan Di Kg Sungai Itik. Misi SAR Dilancarkan Oleh Semua Unit. Bantuan Dari Org2 Kampung. Kaedah Pasir Dan Amalan Doa Para Anbia’

Gangguan Line Teruk Menganggu Proses Pengumpulan klu. Beberapa Fenomena Ganjil Seperti Biasa Terpaksa Kami Hide (Simpan)

-Lapor Ringkas-

#ACAP 6bulan 20hari

SUMBER : Denny Lang

Artikel sebelum : Video Sar membawa ke satu lokasi berhampiran kawasan track Gut larian Acap. Akhirnya terjumpa sesuatu yang mengejutkan.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

SAR yg lepas membawa kami ke satu lokasi berhampiran kawasan track GUT larian Acap. Pokok yg tumbuh terlihat aneh dengan sendi yg berbentuk . Laungan azan disambut dgn kicauan burung yg kuat. Unit Masih Ikhtiarkan Dalam Misi Mencari Sebarang Petunjuk. Report Ringkas.

Akhirnya abang Acap berkongsi sesuatu tentang Acap setelah hampir 5 bulan menunggu..

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih. Biarpun hampir 150 hari peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan, 29 atau lebih mesra dipanggil Acap dilaporkan hilang, ia tidak memutuuskan semangat keluarganya untuk meneruskan usaha pencarian sehingga saat ini.

Abang Ashraf, Mohd Zahiruddin Hasan berkata, keluarganya tidak pernah berputus asa biarpun usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berwajib telah dihentikan.Usaha mencari masih dijalankan abangnya Mohd Zahiruddin, 35, setiap minggu bersama pasukannya dilokasi berkenaan kerana tidak sanggup melihat ibu mereka, Siti Maznah Khamis, 58, bersedih merindui anak kesayangannya.

Lebih menyedihkan apabila melihat isterinya, Hamizah Mohd Ali, 27, dan anaknya Aisyah berusia setahun merindui suami serta ayah yang dipanggilnya daddy selepas hampir lima bulan hilang. Kerinduan keluarga ini kepada Acap lebih terasa pada Aidilfitri lalu disebabkan Acap adalah antara yang paling rajin membuat persiapan raya dengan mengemas serta membersihkan rumah.

Kini, tiba pula Aidiladha, sudah pasti kerinduan keluarga ini lebih terasa apabila Acap masih hilang tanpa berita dan sudah pasti tiada kemeriahan sambutan dirasai keluarga ini Mohd Zahiruddin ketika dihubungi Harian Metro berkongsi rasa kesedihan ditanggung dia sekeluarga dan secara peribadi dia yakin Acap masih ada namun tidak tahu lokasi serta keadaannya.

Katanya, sambutan Aidiladha kali ini tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini dan mereka sekeluarga tidak membuat sebarang persiapan sebaliknya menyambutnya dalam keadaan ala kadar. “Raya puasa lalu juga kami sambut ala kadar saja kerana setiap apa yang kami lakukan akan teringatkan kepada Acap, dia yang paling rajin setiap kali menyambut raya dan akan membantu mengemas serta membersihkan rumah.

“Sehingga hari ini kami masih jalankan usaha mencari walaupun skala carian kecil dan bantuan luar semakin berkurang. “Kami belum sampai tahap berserah pada takdir, kami masih lagi nak berusaha, doa dan tawakal. ”Yang belum ditemui itu ada pertalian dengan kami, jadi kami akan terus berusaha mencari,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia yakin Ashraf masih boleh dijumpai. “Kami memang yakin Ashraf boleh dijumpai, cuma akan ambil masa panjang kerana jika dilihat pada kawasan dilaporkan hilang hanya radius penempatan penduduk, bukan hutan tebal. “Maka agak mustahil dia hilang tanpa jejak begini. Lambat laun akan tahu (apa berlaku pada Ashraf) tetapi perlu sedikit masa dan semoga ALLAH kabulkan doa kita,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurrung bagi kategori 25 kilometer (km) disedari hilang selepas dia tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu. Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangs4 dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.

Sementara itu, kepulangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail sejak 23 Mac lalu masih dinantikan isteri tercinta. Biarpun sudah hampir lima bulan tiada khabar berita, Hamizah Mohd Ramli, 27, yakin suaminya akan pulang tidak lama lagi. Mohd Zahiruddin bersama rakan rakan yang bersama dalam pencarian adiknya di kawasan dilaporkan Ashraf hilang.

Menurutnya, besar harapan dia dan anak kecilnya, Aishah Nur Zahra yang berusia setahun lebih melihat Acap menyambut Aidilfitri bersama tahun ini.”Saya yakin masih ada peluang untuk kami beraya bersama. Cukup saya katakan walaupun lagi sesaat nak raya, ia masih lagi harapan untuk saya. ”Doakan suami saya selamat pulang. Memang saya harap dia balik dengan cepat tetapi ALLAH lebih mengetahui masa yang sesuai,” katanya

Berita tentang kehilangan Acap telah mengejutkan ramai pihak dan seluruh rakyat Malaysia. Acap dikesan tidak bersama rakan lain di garisan penamat dalam satu program larian pada 23 Mac 2019 lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Sumber: SinarHairan

Be the first to comment on "Video hampir setengah tahun Acap hilang. Akhirnya tak sangka ini luahan terkini Abang Acap. Ada beberapa benda ganjil yang terpaksa mereka simpan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*