PENYANYI dan pelakon kontr0versi, Aliff Aziz yang dit4han p0lis di Singapura kerana didakwa mengg4nggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan m4buk semalam dipercayai sudah dibebaskan.
Ia berdasarkan video berdurasi empat minit 20 saat yang dimuat naik ibu penyanyi itu di Instagram, S Hafiza Basharahil hari ini.
Video itu memaparkan Aliff sedang mendukung anaknya, Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan turut kelihatan dalam video itu ialah bekas isterinya, Bella Astillah.
Menerusi video berkenaan, S Hafiza berkata, apa yang terjadi ada sebab tertentu dan hanya Allah SWT saja lebih mengetahui.
“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.
“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu,” katanya.
Menurut Fiza, orang ramai tidak layak menghvkum apa yang menimpa anaknya.
“Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,” katanya.
Dalam video itu, Aliff memujuk anaknya yang menangis selepas diusik tidak akan dibelikan permainan.
“Daddy kacau saja sayang. Daddy tak mar4h, Daddy sayang,” kata Aliff.
Selepas itu kelihatan Ayden gembira apabila diberikan hadiah berupa beg Captain America dan permainan unicorn.
Bagaimanapun, menerusi status dimuat S Hafiza itu, tidak dinyatakan bila Aliff dibebaskan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Metro
Be the first to comment on "“Daddy Kacau Saja Sayang, Daddy Tak Mar4h” – Ibu Aliff Aziz Dedah Sesuatu Fasal Anak Dan Cucu"