“Beautiful Family” – Muat Naik Foto Terkini, Keluarga TMJ & Che Puan Khaleeda Raih Perhatian Netizen

Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam menarik perhatian wargamaya apabila berkongsi foto terbaru keluarga bahagianya.

Menerusi laman sosial Instagram, Che Puan Khaleeda memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

“Syurga di dunia. Saya ucapkan semoga anda semua bergembira di hari Ahad ini,” tulisnya sebagai kapsyen.

Foto tersebut juga merupakan perkongsian pertama mereka sekeluarga bersama anakanda yang baru lahir, Tunku Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia empat bulan.

Pasangan Diraja tersebut kelihatan duduk santai menghabiskan hari Ahad mereka bersama keluarga tercinta.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Heaven on Earth✨.. Wishing everyone a FUNDAY Sunday🤗

Siaran dikongsi oleh YAM Che Puan Khaleeda (@ymchepuankhaleeda) pada

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kecomelan keluarga bahagia itu.

Foto tersebut sehingga kini telah menerima hampir 55,000 tanda suka daripada wargamaya.

TMJ selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014.

Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Setahun kemudian, mereka dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Beautiful Family” – Muat Naik Foto Terkini, Keluarga TMJ & Che Puan Khaleeda Raih Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*