Hari Terakhir Pantang, Ini Reaksi Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia melalui fasa berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, 1 Oktober lalu.

Khabar gembira tersebut telah dikongsi oleh Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy menerusia akaun Instagram miliknya.

Malah, Elfira juga berkongsi rasa gembira untuk menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala.

“Assalamualaikum semua , today is the last day of my mom’s confinement. Yahoooo! I can go out already . @muhamadrayyankhalafofficial,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan bayi lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari lalu.

Foto: Instagram Elfira Loy

Muhammad Rayyan Khalaf nama pilihan Elfira buat anaknya

MUHAMMAD Rayyan Khalaf demikian indahnya nama putera sulung kepada pelakon, Elfira Loy dan suaminya, Khairol Faris Anuar.

Di laman Instagramnya pada Rabu, Elfira berkongsi jantina serta nama pilihan buat cahaya matanya untuk tatapan peminat-peminatnya.

Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayi nya selain mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu.

“Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik,”

“Ya Allah macam tak percaya.terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami,” katanya dalam kapsyen di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Elfira turut memaklumkan dia dan anaknya berada dalam keadaan baik.

Elfira selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 3.68 kg pada jam 5.40 petang di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan.

Elfira Loy, 25, dan Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu.

SUMBER

Be the first to comment on "Hari Terakhir Pantang, Ini Reaksi Elfira Loy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*