Setelah Lama Berdiam Diri,PeIakon Khaty Azean Akhirnya HiIang Sabar Dan Terpaksa Buat Laporan PoIis

” Apa yang mereka (penganjur) lakukan sangat tidak profesional. Bukan saja janji tidak ditepati tetapi apabila meminta, kami pula yang dimaaki,”

Demikian luahan pelakon dan penyanyi, Khaty Azean, 53, yang kecewa apabila sebuah syarikat persembahan artis tidak melunaskan hutang berjumlah RM26,000 kepadanya.

Khaty berkata, dia menjayakan lima program bersama penganjur sebagai pengacara di Melaka sejak tahun lalu tetapi bayaran tidak dilunaskan biarpun puas meminta.

” Saya akui penganjur ada membayar sedikit tetapi apabila program seterusnya dijayakan, jumlah hutang makin bertambah.

” Penganjur memberi banyak alasan antaranya masalah cek, nak bayar esok dan akhirnya toleransi sudah hilang,” katanya pada sidang media anjuran Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media itu dihadiri Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid, peguam daripada AM Zaharil & Co, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan beberapa artis yang menuntut hutang antaranya bekas anggota May, Mus, Rina Eva dan Al Imran Jingga. Turut ditipu adalah Bandi Amuk dan Nik Putra.

Menurut Khaty, dia membuat laporan di Balai PoIis Bandar Baru Bangi pada 29 Oktober lalu dengan mengepilkan bukti mesej aplikasi WhatsApp, pesanan suara dan dokumen.

” Apa yang dikesalkan adalah penganjur bukan saja tidak membayar hutang tetapi memaaki hamun saya di Facebook,” katanya.

Lebih malang lagi katanya, penganjur yang juga seorang wanita menyebar cerita kononnya wang itu bukan hutang kerana bekerja sebaliknya elaun khas.

Sementara itu Ahmad Zahiril berkata, beliau yang mewakili enam artis sudah mengumpul semua bukti bagi membawa kes itu ke mhkamah dalam masa terdekat.

” Bagi kes Khaty, pihak kami sudah menghantar surat kepada penganjur bagi menyelesaikan semua hutang terbabit.

” Saya berkongsi pengalaman, bukan saja artis dimaki tetapi penganjur juga menghubungi pejabat saya dan memaki hamun peguam,” katanya.

Ahmad Zahiril memberikan pantun, tak tumbuh tak rata tak sungguh orang tak kata.

Penganjur itu yang dihubungi berkata, beliau sedia maklum mengenai sidang media terbabit dan akan mengadakan sidang media bagi pihaknya esok.

” Saya akan maklumkan lokasi dan sidang media ini bersama peguam kami,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Setelah Lama Berdiam Diri,PeIakon Khaty Azean Akhirnya HiIang Sabar Dan Terpaksa Buat Laporan PoIis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*