Video IG story tersebar, terjawab persoalan status Intan Najuwa dan tunang

Persoalan terjawab selepas pelakon Intan Najuwa memuat naik rakaman video bersama tunangnya, Razrul Anwar Rusli selepas tular foto mesra bersama aktor Zul Ariffin sejak Khamis.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Intan dan Razrul kelihatan mesra seolah isu panas itu tidak memberi kesan terhadap hubungan mereka.

Pelakon drama Setelah Aku Dimiliki itu bergurau dengan menegur tunangnya yang kini sedang diet ketika makan malam.

“B you bukan nak diet ke,” katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, hasil pemerhatian Gempak di laman Instagram (IG) Intan mendapati foto ketika majlis pertunangan telah dikongsi di ruangan entri.

View this post on Instagram

Eh dia pulak yang emosi. Ingat perempuan je yang hormon tak stabil 🤣😝 @setelahkudimiliki @dramasangat @tv3malaysia #setelahkudimiliki

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

Terdahulu, Intan telah ‘archive’ beberapa keping foto bersama tunangnya.

Tindakannya itu telah menimbulkan sp3kulasi netizen dengan mengatakan hubungan mereka sedang diambang perg0lakan.

Foto yang tular itu dilakukan ketika mereka dalam proses penggambaran drama Setelah Ku Dimiliki.

Namun pengarahnya, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan bukan babak dalam drama.

View this post on Instagram

Mimpi babygirl malamni ok? 😝

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak membuat teguran terbuka kerana dilihat tidak senonoh dan dinasihatkan untuk bernikah jika hendak melakukan perkara seperti itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

Be the first to comment on "Video IG story tersebar, terjawab persoalan status Intan Najuwa dan tunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*