‘Bukan Dibuat-Buat’ – Lawa Tapi Melatah, Influencer Dedah Punca Jangkitan Buat Ramai Tak Sangka

Betul ke punca melatah tu berpunca dari jangkitan? Video viral seorang influencer cantik yang melatah mendapat tontonan lebih 400,000 kali kini menjadi perdebatan berikutan kenyataan beliau bahawa aksi latahnya yang dirakamkan adalah asli dan berpunca daripada jangkitan teman baiknya.

Bagaimanapun ramai netizen mempertikaikannya dan melabelkannya sebagai cuba mencari publisiti murahan. Gadis tersebut, Khayreena Kamal, 18 mengakui apa yang terpapar dalam video tersebut tidak dibuat-buat.

Saya mulai melatah dari Tingkatan Dua sehingga sekarang, semuanya kerana terpengaruh kawan baik yang juga kaki latah’ terangnya. ‘Kerana terlalu rapat, saya terikut-ikut sampai orang tutup pintu pun saya latah’ katanya lagi memberitahu Mstar.

Malahan Khayreena memberitahu beliau pernah menangis kerana merasa malu pernah tertampar kawannya ketika melatah. ‘Sejujurnya saya malu, orang puji lawa-lawa tetapi bila melatah, dah tak jadi lawa’ tuturnya lagi.

Meluahkan kebimbangannya bahawa tabiat latahnya itu akan menganggu kariernya sebagai influencer, Khayreena berkata beliau mahu menyampaikan mesej kepada orang ramai supaya tidak menyakat mereka yang melatah. 

 

‘Melatah tu penat sebenarnya, merimaskan dan tabiat yang sukar dihilangkan, happy untuk menghiburkan orang sekeliling tetapi bimbang akan menyakitkan sesiapa’ tambahnya lagi.

‘Kenapa aku rasa cringe bila tengok dia melatah?’ kata seorang netizen mempersoalkan. ‘Dia bukan pura-pura ok , dia memang melatah betul , dia bukan clown nak melatah saja saja’ pertahan seorang lagi.

 

 

‘Anak dara ke tu? Bawa-bawa berubat..takut esok kawin melatah terpeluk laki org..eh.., bawak berubat sebelum makin kronik esok-esok. Tak pun try latih melatah selawat ke, istighfar ke..sebut benda-benda yang tak teruk’ nasihat seorang lagi.

 

View this post on Instagram

Alahai melatah pun tetap nampak lawa😍 Kredit video Twitter Akeem Sharyzal #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Persoalannya, betul ke influencer tu benar-benar melatah atau hanya sekadar mencari populariti? Adakah melatah itu boleh berjangkit?  – SUMBER

Be the first to comment on "‘Bukan Dibuat-Buat’ – Lawa Tapi Melatah, Influencer Dedah Punca Jangkitan Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*