Nak ‘Orang Melayu’ Je Tolong’ – Pemuda Cina Sedih Dihalang Bantu Mang5a Kemal4ngan,Ini Luahan Pemuda Cina Itu

Selama ini, kita sering berbangga dengan amalan tolong menolong di antara masyarakat, tidak mengira kaum dan agama. 
 
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pemuda Cina yang juga Responder Komuniti meluahkan rasa kecewa kerana dihalang menghulurkan bantuan kepada seorang mangsa kemalangan hanya kerana beliau bukan Melayu.
 
Menceritakan kejadian itu di Facebooknya, Ooi Shou Wayne berkata, ketika memberikan bantuan kepada seorang mangsa kemalangan yang cedera teruk di Alor Setar, dua orang awam tidak membenarkannya untuk menghampiri mangsa.
 
 
‘Woi you budak Cina kah? Kamu datang sini buat apa? Sini tak perlu tolong, kamu baliklah!
 
‘Saya mahu yang Melayu sahaja yang bantu. Saya sudah call ambulans.
 
‘Kita tunggu pihak ambulans. Tak payah tujuk hebat dekat sini. You orang Cina niat semua tak baik. Tak nak balik, nanti saya belasah you baru tau,’ kata dua orang pemuda yang cuba menghalang Ooi.
 
Bagaimanapun, perbuatan dua orang pemuda yang kurang ajar tersebut telah ditegur beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian dan membenarkan Ooi menjalankan tugasnya.
 
Perkongsian Ooi mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan ramai yang memuji dan memberikannya semangat.
 
 
 
Meluahkan rasa kecewanya, Ooi berkata sebagai Anak Malaysia, beliau tidak akan membiarkan kejadian itu melunturkan semangatnya untuk terus memberikan bantuan. Syabas dan tahniah kepada Ooi. – SUMBER

Be the first to comment on "Nak ‘Orang Melayu’ Je Tolong’ – Pemuda Cina Sedih Dihalang Bantu Mang5a Kemal4ngan,Ini Luahan Pemuda Cina Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*