Mark Adam belajar Alif Ba Ta pada usia 40 tahun Mendapat Reaksi Positif Daripada Netizen Kerana Kesungguhan Nya

Umum mengetahui bahawa penyanyi, Mark Adam memilih agama Islam pada 2003 sebelum berkahwin dengan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya.

Pemilik nama penuh Fikri Mark Adam Abdullah itu juga mempunyai sebuah pusat latihan vokal malah hampir setiap hari mengajar anak muridnya aspek lontaran suara untuk menyanyi dengan merdu.

Namun berbeza pula kali ini apabila penyanyi berusia 40 tahun itu diajar untuk membaca Iqra oleh seorang pengajar sebagai permulaan bagi mempelajari kitab suci al-Quran.

View this post on Instagram

Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

“Insyaallah terima kasih ustaz,” tulis Mark ringkas dengan memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya.

Rakaman video berdurasi 55 saat berkenaan kelihatan penyanyi lagu Pencuri itu menyebut satu persatu huruf hijaiyyah sambil diperbetulkan oleh pengajar tersebut.

Perkara itu mengundang perhatian peminat dan pengikut selain mendapat pelbagai reaksi positif daripada mereka yang memuji kesungguhan Mark dalam mempelajari al-Quran.

Semoga dipermudahkan!

Permulaan yang baik!

Teruskan istiqamah

Jarang orang seusia Mark nak belajar lagi

Perlahan2 nanti pandai la tu

Sumber : Mark Adam

Be the first to comment on "Mark Adam belajar Alif Ba Ta pada usia 40 tahun Mendapat Reaksi Positif Daripada Netizen Kerana Kesungguhan Nya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*