Bunyi Benda Jatuh Belakang Rumah, Lelaki Terkejut Jumpa Beg Penuh Barang Kemas Dan Duit RM125 Ribu

Takut diberkas poIis, pembantu rumah yang meIarikan beg berisi barang kemas dan wang tunai bilik majikannya memulangkan semua barangan itu, jam 1.30 tengah hari tadi.

Wanita warga Indonesia itu meIarikan wang dan barang kemas yang keseluruhannya berjumlah RM125,000 dari kediaman majikannya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, 9 pagi semalam.

Majikannya, Muhammed Abu Talib Mohamed Sagubar Ali, 33, berkata, perkara itu disedarinya selepas melihat beg itu di pintu belakang rumahnya.

Katanya, dia terdengar bunyi seperti sesuatu terjatuh di belakang rumah sebelum pemeriksaan menjumpai beg berisi barang kemas dan wang tunai yang diIarikan pembantu rumahnya berusia 31 tahun.

” Semua barang kemas dan wang tunai yang diIarikan ada di dalam beg kecuali sebentuk cincin, namun saya tidak kisah asalkan barang lain berada dalam keadaan baik.

” Barang kemas diletakkan di situ tapi pembantu rumah sudah meIarikan diri,” katanya ketika dihubungi tadi.

Katanya, susulan kejadian dia menghubungi poIis sebelum beg itu diambil bagi tujuan siasatan.

Muhammed Abu Talib berkata, semua barang kemas itu milik ibunya, Zeenathunisa Packer Meera Sahib, 64, yang disimpan lebih 10 tahun.

” Selepas tahu barang kemas itu hilang, ibu tidak panik malah positif dengan mengatakan barang itu akan kembali.

” Saya tak sangka ibu begitu tenang dan hanya berdoa agar ia dijumpai kembali,” katanya.

Menurutnya, dia dan seluruh keluarganya sudah memaafkan pembantu rumah itu dan bersyukur kerana barang kemas itu dipulangkan kembali kepadanya.

” Saya menyerahkan siasatan kepada poIis dan bagi pihak kami, saya, ibu dan seluruh ahli keluarga sudah memaafkannya,” katanya

Terdahulu seorang pembantu menggunakan taktik licik dengan mencampakkan beg berisi barang kemas dan wang ringgit milik majikannya ke belakang rumah sebelum keluar dari pintu depan.

Ketua PoIis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, mngsa sebelum itu keluar bersama keluarganya keluar ke pasar untuk membeli barangan basah.

” Ketika keluar ke pasar pada 8.15 pagi , anak saudara dan bapa mngsa yang terlantar sakit berada di rumah bersama amah (pembantu rumah) berusia 31 tahun berkenaan.

” Sebaik pulang dari pasar pada jam 9 pagi, dia mendapati pembantu rumahnya tiada di rumah,” katanya kepada wartawan Harian Metro, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, sebaik membuat pemeriksaan dia mendapati kunci almari baju di bilik ibunya diumpil dan sebuah beg yang mengandungi barang kemas dan wang tunai hilang.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mngsa, suspek masih dalam tempoh percubaan dan tinggal bersama keluarganya di situ sejak tiga bulan lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Bunyi Benda Jatuh Belakang Rumah, Lelaki Terkejut Jumpa Beg Penuh Barang Kemas Dan Duit RM125 Ribu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*