“Nenek Boring Asyik Duduk Rumah…” – Selamba Nenek 83 Tahun Ini Ke KLCC Berkain Batik Dan Berkurung Kedah

Selalunya kalau kita nak keluar ke mall atau jalan-jalan mesti pakai cantik-cantik kan.

Tapi tidak bagi seseorang…

Seorang wanità tua berusia 83 tahun sanggup menaiki LRT ke KLCC semata-mata untuk melepaskan rasa bosan bersendirian dirumahnya.

Bercerita mengenai pengalaman itu, wanita yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkefli menerusi Facebook berkata pertemuan secara tidak sengaja dengan seorang wanita tua menyebabkan dia terpanggil untuk menulis mengenai nenek ini.

“Wanita ini bahasakan diri dia nenek. Katanya dia adalah keturunan Baba Nyonya. Datang ke KLCC seorang diri kerana nak berjalan”

“Nenek puas duduk rumah… Nenek naik LRT. Ini nenek pakai baju biasa je. Baju orang pakai kat rumah. Baju tak cantik…”, katanya.

Katanya lagi nenek yang berketurunan Baba Nyonya itu kelihatan sangat sopan dan bersih melihat kepada pakaian dan penjagaan dirinya yang rapi.

Cerita nenek ini sebenarnya bukan sahaja mengenai penampilan dirinya yang berkurung Kedah dan berkain batik, malah lebih terarah mengenai nasihatnya kepada Dzuriasikim – mendapat perkongsian di Facebook.

Nenek yang tidak diketahui namanya sempat memberi pesanan supaya tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, suami dan anak terhadap ibubapa.

Difahamkan wanita berkenaan menetap di Taman Medan, Petaling Jaya – menurut maklumat yang diperolehi netizen.

“Sekarang ni dah teruk. Ada isteri ada boyfriend lain. Tak jaga suami. Ada suami, ada perempuan lain. Tak jaga isteri. Masa muda semua tak ingat tua. Nanti bila dah tua baru mereka ingat apa mereka buat… Adik tak kahwin pun tak apa dik…”, akhirinya.

Malam tadi ketika saya berjalan-jalan bersama adik dan keluarga di KLCC, saya terjumpa dengan aunty ini. Wanita ini…

Posted by Dzuriasikim Dzulkefli on Saturday, November 16, 2019

Malam tadi ketika saya berjalan-jalan bersama adik dan keluarga di KLCC, saya terjumpa dengan aunty ini.

Wanita ini bahasakan diri dia nenek. Katanya dia adalah keturunan Baba Nyonya. Datang ke KLCC seorang diri kerana nak berjalan.

“Nenek puas duduk rumah… Nenek naik LRT. Ini nenek pakai baju biasa je. Baju orang pakai kat rumah. Baju tak cantik…”.

Sukanya saya tengok nenek ni. Entah kenapa terasa sayang pula. Tak tahu dari mana datang rasa sayang tu. Usianya sudah 83 tahun katanya. Pastinya beliau seorang yang sangat jelita di waktu mudanya.

Yang paling saya suka, dia sangat bersih. Bajunya bersih. Tak berbau apa lagi berpeluh. Rambutnya bersih dan bersisir rapi. Walaupun bukan orang Melayu… Dia begitu baik dan tak kekok untuk berbual.

Saya temankan dia sebentar. Kata Aunty ini, suaminya telah meninggal sewaktu dia berusia 20an lagi. Tak lama selepas itu saya minta diri untuk pergi. Saya berikan sedikit wang kerana bimbang jika dia tak punya wang yang cukup untuk tambang pulang. Ianya sudah tentulah bukan sedekah. Namun lebih kepada ihsan dan kasih sayang sesama manusia.

Kata aunty ini…

“Adik bagi banyak sangat ni. Adik…nenek harap nanti bila adik sudah tua macam nenek, anak-anak semua sudah besar, anak adik nanti mesti mahu jaga adik baik-baik. Mahu sayang adik…”.

Ya Allah, ada sebab kenapa Aunty ini berkata begitu. Namun tak dapat saya kongsikan bagi menjaga sensitiviti.

.
Kemudian Aunty tanya saya…

“Adik, suami mana?”

Saya beritahu saya tak ada suami sambil tersenyum dan saya pegang tangannya.

.
Lalu Aunty ini berkata lagi…

“Sekarang ni dah teruk. Ada isteri ada boyfriend lain. Tak jaga suami. Ada suami, ada perempuan lain. Tak jaga isteri. Masa muda semua tak ingat tua. Nanti bila dah tua baru mereka ingat apa mereka buat… Adik tak kahwin pun tak apa dik…”

Dan saya senyum sambil angguk-angguk kepala. Rasanya saya faham apa maksud Aunty ni.

.
Kepada mereka yang masih punya ibu, jaga dan kasihilah ibu kita. Tak kiralah jika ibu kita seorang yang bukan Islam sekalipun, berlainan bangsa dan agama, kita wajib berbuat baik kepada ibu. Sayang ibu tiada tolok bandingannya. Rugilah anak-anak yang tidak kasihkan ibu mereka.

.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Sumber : Lobak Merah & Fb Dzuriasikim Dzulkefli

Be the first to comment on "“Nenek Boring Asyik Duduk Rumah…” – Selamba Nenek 83 Tahun Ini Ke KLCC Berkain Batik Dan Berkurung Kedah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*