ISTERI kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Kajang kira-kira pukul 11.56 malam, Sabtu.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, meluahkan rasa bersyukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu yang diberi nama Adriana Carissa.
“Alhamdulillah, isteri saya dah pun selamat bersalin secara normal pukul 11.56 malam tadi. Saya mendapat bayi perempuan bernama Adriana Carissa.
Tajul berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram miliknya.
“Perasaan saya bercampur baur… gembira pun ya, sedih pun ada.
“Dalam pukul 6 petang semalam dia ada beritahu yang perut dia dah rasa tak sedap dan mula rasa sakit. Saya terus bawa dia ke hospital dan dia ditahan di sana,” ujarnya kepada mStar.
Bercerita lanjut, penyanyi Sedalam Dalam Rindu ini berkata, dia nyaris pengsan di dalam bilik bersalin kerana fobia melihat darah.
Namun sebagai memenuhi hasrat isterinya itu, dia memberanikan diri menyaksikan proses kelahiran secara normal tersebut.
“Ya, saya memenuhi permintaan isteri dan ada bersama dia dalam bilik bersalin.
“Masa tengok dia sakit, banyak darah… seram macam nak pengsan juga. Tapi pengalaman itu yang buat saya lebih menghargai isteri.
“Tak lupa, terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami,” ujarnya.
Pada Oktober lalu, Tajul membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza, 23, pada 10 Disember 2017.
Tajul berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu kerana enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.
SUMBER
Be the first to comment on "Tajul Dah Jadi Bapa Muda, Timang Cahaya Mata Perempuan,Kongsi Detik Detik Semasa Dalam Bilik Bers4lin,Dia Ny4ris Pengs4n,Rupa Nya Ini Yang Terjadi.."