Bagi peminat Haqiem Rusli, mereka pasti tahu mengenai prinsip penyanyi itu yang tidak memuat naik posting bersama perempuan tidak menutup aurat di laman media sosial miliknya.
Malah Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli juga sering menyunting gambar bersama peminat sekiranya aurat mereka terdedah sebelum dikongsi kepada umum.
Terbaru, penyanyi berusia 21 tahun itu kelihatan sedang mengaji al-Quran ketika orang ramai sedang nyenyak tidur di keheningan malam.
Perkara berkenaan dikongsi oleh seorang rakannya, Sapik Sam yang terjaga dari tidur setelah terdengar alunan bacaan surah al-Mulk itu sebelum bertindak dalam diam bagi merakam sebuah video.
“Tengah lena diulit mimpi, ingatkan apa yang terang tadi pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya..
“Waktu2 macam ni dia luangkan masanya dengan sang pencipta. Allahu.. maaf Haqiem rakam senyap2,” tulis Sapik di laman Twitter.
Rakaman berdurasi 23 saat yang dikongsi semua di Instagram radio Zayan itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan Haqiem contoh artis terbaik kerana tidak melupakan bekalan akhirat dalam kehidupan.
Semoga berjaya dunia akhirat bro!
Alhamdulillah! Seimbang dunia & akhirat
Sumber : Zayan
Be the first to comment on "Rakan Serumah Terjaga Dari Tidur ‘Terkejut’ Melihat Kelakuan Haqiem Rusli Ketika Orang Lain Nyeyak Tidur Sehingga Buat Dirinya Berasa Segan,Rakan Dedah Sesuatu Yang Ramai Orang Tak Tahu…"