Syafiq Farhain, 25 yang juga seorang penyanyi berbangga dengan pencapaian junior sekolahnya, Safawi Rashid, 22, yang mempamerkan aksi terbaik menentang Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.
Syafiq berkata, pemain kelahiran Dungun itu adalah junior di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.
Katanya, sewaktu dia menuntut di tingkatan empat, Safawi memasuki sekolah itu di tingkatan satu dengan aktif bermain sepak takraw.
” Setahu saya, Safawi hanya menuntut seketika sebelum bertukar sekolah. Saya tidak tahu bagaimana dia mengubah sukan hingga berjaya sebagai pemain bola sepak,” katanya pada sesi fotografi bersama Harian Metro di Studio The New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam usikan manja, Syafiq memberitahu rakannya pernah bercerita pemain kebanggaan Malaysia itu pernah dibuIi suatu ketika dahulu.
” Saya hanya mendengar cerita daripada rakan dan kini amat berbangga dengan dirinya,” katanya.
Syafiq menyifatkan Safawi sebagai jelmaan Allahyarham Mokhtar Dahari dan gembira dengan ledakan dua gol olehnya, malam tadi.
” Secara keseluruhan, skuad Harimau Malaya menunjukkan peningkatan prestasi. Walaupun tidak sama seperti era kegemilangan Allahyarham Mokhtar Dahari, tetapi kita gembira dengan semangat melawan pemain,” katanya.
Siapa sangka sewaktu di bangku persekolahan (sekolah rendah), Safawi bergiat aktif dalam sukan sepak takraw dan bukannya bola sepak.
Peringkat yang berjaya disertai oleh Safawi dalam sepak takraw boleh kami simpulkan sebagai ‘bukan biashe-biashe’! Ini kerana beliau pernah mewakili Negeri Terengganu untuk bersaing di peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Beliau mula meninggalkan sukan sepak takraw ketika berusia 15 tahun apabila terpilih untuk mewakili negeri kelahirannya, untuk bersaing dalam kejohanan bola sepak MSSM…
Berkecimpung dalam sepak takraw sehingga ke peringkat kebangsaan, Safawi Rasid mendedahkan bahawa bakat itu diperturunkan oleh bapanya, Rasid Sulung yang merupakan bekas pemain sepak takraw negeri Terengganu suatu masa dahulu.
Safawi Rasid cukup bertuah apabila dilahirkan dalam keluarga besar yang mempunyai 13 orang adik-beradik. Beliau sendiri merupakan anak ke-9 dan kami dapat rasakan betapa meriahnya keluarga Safawi dengan pelbagai kerenah dan perangai seramai 13 ‘kepala’ ini.
Sewaktu kecil dahulu, Safawi Rasid pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor! Walaubagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian mengejar cita-cita tersebut memandangkan dirinya merupakan pelajar yang nakal di bangku persekolahan.
Malah, Safawi beliau berkata sambil berseloroh: “sekolah pun kurang”. Atas faktor itulah yang membuatkan pemain yang turut merangkul anugerah Pemain Tengah Terbaik ABK18 memberikan penumpuan penuh dalam kerjaya selaku pemain bola sepak.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro
Be the first to comment on "“Saya Kenal Dia Sejak Di Bangku Sekolah Lagi” – Syafiq Farhain Dedah Sesuatu Yang Mengejutkan Tentang Safawi Yang Ramai Tak Tahu Dan Jika Dia Bukan Seorang Pemain Bolasepak,Ini Jenis Sukan Yang Akan Safawi Sertaii"