“Buat Kami Macam Musuh Negara, Makan Pun Macam Bagi Sedekah” – Raja Ilya Marah Siapa?

“Ilya pun kerja airline juga sebelum ni, jadi cabin crew. Tapi, tak pernah sekalipun layan penumpang macam segelintir mereka sekarang ni.”

Kenapa Raja Ilya marah-marah dengan sebuah syarikat penerbangan ni?

Menerusi perkongsian di Instagramnya, pelakon itu meluahkan rasa kesal terhadap Malindo Air kerana memberi layanan tidak semenggah.

Katanya, sudah banyak usahanya membuat aduan menemui jalan buntu. Semuanya tidak dilayan!
Menurut cerita pelakon itu, banyak pengalaman buruk ditempuhinya sepanjang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit.

“Cabin crew layan dan sembang dengan penumpang macam musuh negara, nak hidang makan pun macam bagi sedekah.

“Bila batalkan ticket Dengan PNR yang sama, bagasi tak boleh nak tukar sebab polisi.

“Dah lama malas naik airline ni sebenarnya sebab benda-benda macam ni laa,” luahnya yang berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera.

View this post on Instagram

Premier @klvampires with @trentengarrett . . Wearing @katespadeny #loveinspades . . Photo by @pb.pbstudios

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Kata dah lama tahan sabar dengan syarikat penerbangan ini, kenapa masih naik Malindo Air?

Be the first to comment on "“Buat Kami Macam Musuh Negara, Makan Pun Macam Bagi Sedekah” – Raja Ilya Marah Siapa?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*