Walaupun Rumah Telah Musnah Terbakar, Al-Quran Ini Tidak Dimakan Api

Seringkali kita terdengar tentang keajaiban yang berlaku dimana kebanyakan kitab suci al-Quran terselamat walaupun berlaku kebakaran yang amat dahsyat.

Begitu juga dengan kisah kali ini dimana senaskah al-Quran dan beberapa buku yang mengandungi ayat suci telah ditemukan dalam keadaan baik meskipun rumah tersebut musnah akibat kebakaran.

Kandungan al-Quran dan buku-buku terbabit masih kelihatan baik tanpa ada satu ayat pun terkena api walhal segala peralatan dan logam yang berada di rumah itu hangus dijilat api.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Achy Nur Samsi menerusi laman Facebook miliknya.

Ternyata posting tersebut mendapat perhatian ramai dan kebanyakan daripada mereka kagum dengan keajaiban yang berlaku.

Mashaallah Al Quran tidak terbakar Dan tidak tersentuh oleh apiBagikan agar orang Tau mukjizat Al quran

Posted by Dakwah Online on Thursday, 21 November 2019

Sungguh besar kuasa-Mu Ya Allah! Setiap naskah buku yang mengandungi ayat suci Al-Quran dipelihara dengan baik oleh-Nya sehingga tiada secebis kertas pun yang terbakar.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santai.

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment on "Walaupun Rumah Telah Musnah Terbakar, Al-Quran Ini Tidak Dimakan Api"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*