Hari ini para pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 sudah boleh mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.
Sudah pasti ia akan menjadi detik bersejarah buat para pelajar sekaligus ibu bapa. Jika selalunya menjadi kebiasaan anak-anak yang mempunyai result yang cemerlang, ibu bapa dengan perasaan bangga akan mempamerkan keputusan anak-anak di laman sosial.
Ibu bapa mana yang tidak bangga setelah membesarkan anak-anak lalu dihadiahkan dengan keputusan cemerlang. Namun bagi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, ia bukanlah satu titik akhir.
Pelakon Sharifah Shahirah juga turut mempunyai anak, Airra yang mengambil keputusan UPSR hari ini. Beliau turut meletakkan keputusan anaknya di IG. meurut beliau walaupun keputusan anaknya tidak begitu cemerlang, tidak salah untuk beliau kongsikan keputusan anaknya.
Anaknya tetap berjaya mendapat keputusan cemerlang A untuk kedua-dua kertas ujian Bahasa Inggeris. Tahniah buat Airra dan Sharifah Shahirah.
Rata-rata peminat memuji tindakan beliau yang tetap menghargai keputusan yang diperoleh anaknya.
Sumber: Meh Baca
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Walaupun Keputusan UPSR Anak Tak Dapat 6A,Pelakon Sharifah Shahirah Tetap Berbangga Dan Kongsi Dengan Netizen Keputusan Anak Nya"