Keadaan Emma Maembong Selepas Melakonkan Babak ‘Ini’ Dalam Drama Mendapat Perhatian Ramai

Berbicara mengenai pembinaan luaran watak dalam drama, hal ini sebenarnya merujuk kepada sifat fizikal dan rupa watak. Rupa merujuk kepada bentuk badan, sifat dan roman muka yang selari dengan watak yang ingin disampaikan. Contohnya, jika ingin melakonkan watak tertentu maka rupa pelakon juga harus mengikut rupa fizikal wataknya. Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan mood pelakon untuk membina watak dan memainkan watak tersebut.

Awal semalam, pelakon Emma Maembong ada memuat naik satu potongan video pendek yang merakamkan aksinya sejurus selesai melakukan salah-satu babak menerusi drama terbaru lakonannya, Cemburu Seorang Perempuan yang kini rancak bersiaran.

Difahamkan, watak tersebut adalah ketika Emi mengamuk selepas mengetahui Zik dan Dhia sebenarnya sudah pun bersama.

Lepas scene emi “jerit2 bg tahu dia sakit dapat tahu zik dgn dhia dah bersama” sakit kepala, mental jap betul2.

”THANK YOU @tqahadei AND @imanikhairiah jaga emma time ni. sakit sgt kepala asyik jerit2 #cemburuseorangperempuan #emanizers #Emmamaembong @emanizers,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti termasuk peminat turut memuji lakonan Emma yang disifatkan terbaik dan lari dari mana-mana watak yang pernah dibawakan sebelum ini.

Selain Emma, Cemburu Seorang Perempuan yang sudah pun berada ke penghujungnya ini turut di dukung para pelakon hebat lain seperti Amar Baharin, Amyra Rosli, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

Drama sebanyak 20 episod ini ditayangkan menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

Selain itu dari segi perawakan yang merujuk kepada cara seseorang bergerak, berpaling, berjalan di atas pentas penting untuk meningkatkan luaran watak lakonan tersebut. Misalnya, untuk melakonkan watak seorang ayah, maka gerak-geri dan perawakan ayah itu perlu ada seperti cara bercakap yang tegas dan matang, berkumis dan sebagainya.

Dari segi bahasa tubuh pula, kerlingan mata, kedut kening, kepada mengangguk atau menggeleng perlu dititikberatkan bagi membina watak luaran pelakon. Hal ini merupakan salah satu asas lakonan yang perlu dipelajari oleh pelakon. Contohnya, jika pelakon perlu mengungkap dialog sedih, maka bahasa tubuh perlu selari dengan ayat yang ingin dilafazkan dan bukannya sebaliknya. Hal ini penting bagi menggelakkan kekeliruan tafsiran daripada penonton.

Dalam membina luaran watak dalam drama, aspek solekan merupakan antara aspek yang paling penting. Tanpa solekan yang cantik dan mantap, sesuatu watak itu tidak akan hidup meskipun pelakon tersebut menghayati watak secara emosi dan dalaman.

Foto: Instagram Emma Maembong / Kredit:MH

Be the first to comment on "Keadaan Emma Maembong Selepas Melakonkan Babak ‘Ini’ Dalam Drama Mendapat Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*