Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) berbangga dengan keputusan yang diperolah anaknya, Kacak atau nama penuhnya Muhammad Eric Zaquan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video di IGTV, DSV teruja dengan keputusan yang diperolah Kacak meski tidak mempunyai gred A dan belajar dari rumah.
“Walaupun belajar di rumah (home school,) tapi Kacak dapat keputusan yang bagus.
“Walaupun dapat gred B, C dan D, yang penting tak ada F.
“Yang penting subjek Bahasa Inggeris Kacak dapat pandai, walaupun loghat Kelantan.
“Pandai anak Mama cakap orang putih. Dapat B!,” katanya teruja.
Video berdurasi satu minit itu telah mendapat ratusan komen pelbagai terhadap video yang dikongsikan
Tahniah buat Kacak dan semua pelajar yang mengambil keputusan UPSR masing-masing semalam.
Video : Instagram DSV
Be the first to comment on "Slepas Sharifah Shahirah Kongsi Keputusan UPSR Anak Nya,Kini Giliran Jutawan Kosmetik Dato Sri Vida Pula Kongsi Keputusan ‘KACAK’..Ini Reaksi Netizen Selepas Itu"