Bintang Popular Filipina Marian Rivera & Dingdong Dantes Rai Hari Jadi Anak Sulung, Maria Letizia. Kecomelnya Makin Terserlah!

Bintang popular Filipina, Marian Rivera dan suaminya, Dingdong Dantes telah meraikan ulang tahun kelahiran anak sulung, Maria Letizia yang keempat tahun.

Perkara itu dikongsikan pelakon drama Marimar di Instagramnya. 

Majlis itu disambut meriah dengan kehadiran rakan-rakan yang menggayakan pakaian mengikut tema Disney.

Terdahulu,Marian dan Dingdong mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Maria Letizia, 4 tahun dan  Jose Sixto, 7 bulan.

View this post on Instagram

Salamat Dada for bringing us here. This is definitely ‘one for the books.’ ♥️

A post shared by Marian Rivera Gracia Dantes 🇵🇭 (@marianrivera) on

View this post on Instagram

Sixto & Sixto ♥️

A post shared by Marian Rivera Gracia Dantes 🇵🇭 (@marianrivera) on

Foto : Instagram Marian Rivera

Cantiknya MARIAN RIVERA! Raut Wajah Sempurna Selebriti Filipina Ini Buat Ramai Terpikat

Jika anda adalah peminat tegar telenovela Filipina pasti kenal dengan aktres cantik ini. Mula dikenali di Malaysia sejak drama Marimar ditayangkan sekitar tahun 2007, lakonan Marian Rivera sebagai peneraju utama membuatkan ramai para gadis dan teruna jatuh hati dengan kecantikan yang dimilikinya.

Selain memaparkan raut wajah sempurna Marian, drama romantik ini juga menggandingkan pelakon lelaki handalan Filipina, Dingdong Dantes sebagai hero yang kini merupakan suami kepada Marian. Setahun selepas kejayaan drama bersiri tersebut, pasangan ini kembali disatukan dalam Dyesebel. Sebuah drama romantik fantasi yang diadaptasikan daripada karya novel.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Marian atau nama sebenarnya Marian Rivera Gracia Dantes ini termasuk Amaya, Temptation of Wife dan One True Love.

Keserasian yang tercipta di antara Marian dan Dingdong Dantes sebagai hero dan heroin di layar perak selama ini akhirnya menjadi realiti apabila kedua-duanya mengikat janji sehidup semati dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang pada penghujung tahun 2014. Ia sekali gus membuatkan para peminat melabelkan mereka sebagai pasangan paling secocok! Iyalah, si suami berwajah tampan dan sasa. Isteri pula cantik dan bertubuh langsing. Memang sepadan sangat.

Hasil perkongsian hidup selama hampir empat tahun, Marian dan Dingdong dikurniakan seorang puteri comel bernama Maria Letizia Dantes yang kini berusia dua tahun. Ternyata, anak kecil ini mewarisi kecantikan ibunya.

Walau pun sibuk menguruskan keluarga dan anak namun pesona Marian masih menjadi perhatian ramai. Masakan tidak, dengan usia dan statusnya kini dia masih mampu mengekalkan kelangsingan tubuh badan. Tidak ubah seperti anak dara. Bergaya, cantik, langsing dan penuh dengan sikap keibuan. Untung Dingdong Dantes.

Mengikuti perkembangan aktres ini di Instagram dengan jumlah pengikut mencecah 4.7 juta, gaya hidup sihat dan kerap melakukan rutin senaman bersama suami tercinta antara rahsia Marian memiliki pinggang yang ramping.

Selain bergiat aktif dalam dunia seni dan aktiviti kemasyarakatan, Marian juga adalah Pengasas kepada Flora Vida iaitu perniagaan yang berasaskan bunga-bungaan segar.

Sumber foto: Instagram Marian Rivera

Be the first to comment on "Bintang Popular Filipina Marian Rivera & Dingdong Dantes Rai Hari Jadi Anak Sulung, Maria Letizia. Kecomelnya Makin Terserlah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*