“Ketagih Populariti Demi Duit Poket Masing-masing,” Drama Band Sindir Aliff Syukri dengan Baby Shima?

NAMA kumpulan Drama Band kembali menjadi perbualan netizen apabila kali ini mereka dikatakan menyind1r usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima dalam video muzik (MV) terbaharu Satu-Satu.

Menurut vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul Roza, segala perjalanan cerita dan watak yang diwujudkan dalam MV tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa.

“Betul ke ada kaitan dengan mereka berdua? Rasanya tak… sebab cerita dalam MV itu hanya rekaan semata-mata. Tapi kalau ada sesiapa terasa, terpulanglah!

“Mungkin kita terlepas pandang sampai ia dikaitkan dengan orang lain pula. Apa-apa pun kalau ada yang terasa, kami minta ma@flah!,” katanya.

MV mengisahkan mengenai sikap segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar populariti dan harta dimuat naik di laman Youtube pada Isnin lalu.

Beberapa babak di dalam MV itu did@kwa menyind1r Aliff Syukri.

Bagaimanapun, ada penonton berpendapat perjalanan cerita dalam MV tersebut seakan-akan menyind1r Aliff Syukri dan Baby Shima.

“Macam kisah Datuk Aliff Syukri dengan Baby Shima je ni. Kita tunggu dan lihat dia orang balas tak?

“Baguslah Drama band ni buat lagu fasal zaman sekarang, zaman orang ketagih populariti demi duit poket masing-masing.

Ahli kumpulan Drama Band.

“Macam p3rli seorang Datuk tu je… sama dengan golongan yang tak kisah a1bkan diri sendiri, buat salah tapi anggap semua tu sekadar benda biasa yang tak perlu dipersoalkan. Masyarakat sekarang patutnya ubah pemikiran yang singkat ni,” komen penonton.

Dalam pada itu, Aepul menafikan dakw@an kononnya mereka sengaja mencipta kontr0versi dengan mengaitkan jutawan berkenaan sebagai gimik untuk mempromosikan lagu tersebut.

Menurut Aepul, banyak mesej tersirat dalam MV berkenaan yang boleh dijadikan pengajaran.

Hubungan Aliff Syukri dan Baby Shima dingin sehingga tercetusnya perg@duhan pada Ogos lalu.

“Nak kata gimik… tidaklah! Kita dah pernah beritahu setiap lagu yang dihasilkan ada mesej mengenai isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

“Kita harap penonton dapat mengambil iktibar dan menerima mesej yang disampaikan dengan baik, tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, macam-macam benda boleh berlaku,” katanya.

Satu-Satu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Drama Band dan muzik diiringi AG Coco.

Sebelum ini, Drama Band didakwa membuat sindiran dalam MV lagu mereka mengaitkan kontr0versi beberapa artis antaranya Haneesya Hanee, Haqiem Rusli dan Aliff Aziz.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Ketagih Populariti Demi Duit Poket Masing-masing,” Drama Band Sindir Aliff Syukri dengan Baby Shima?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*