Walaupun Selalu ‘Kecek Kelate’, Dato Vida Bangga UPSR Anak Dapat ‘B’ Bahasa Inggeris, Ini Keputusan Penuh UPSR ‘KACAK’..

Tidak dinafikan, setiap ibu bapa sudah semestinya mengharapkan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Justeru, apabila keluar sahaja keputusan peperiksaan, yang ditanya dulu mestilah berapa ‘A’ yang dapat.

Namun, buat usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) boleh dikatakan sebagai ibu yang sangat supportive, meskipun anaknya Muhammad Eric Zaquan atau mesra dipanggil kacak tidak mendapat ‘A’ dalam UPSR.

Yang penting takde F

Menerusi muat naik di IG, walaupun mendapat gred B,C dan D, usahawan tersebut nyata tetap berasa bangga dan teruja dengan keputusan UPSR yang diperolehi Kacak, kerana baginya yang penting tiada ‘F’ iaitu bermaksud gagal.

Malah, Dato Vida cukup seronok apabila Kacak mendapat B untuk subjek bahasa Inggeris, meskipun di rumah dia banyak menggunakan loghat Kelantan ketika berkomunikasi dengan anak-anaknya.

Betul jangan pressure anak

Sikap Dato Vida terhadap anak-anaknya telah memberi inspirasi kepada ramai, rata-rata pengikutnya di IG memuji usahawan itu yang sentiasa menyokong pencapaian anak-anak.

Tak buat semangat anak jatuh

Bagus dato Vida!

Suka melihat cara Dato Vida melayani anak, ini yang membuatkan anak-anak selesa untuk bersifat terbuka dengan ibu bapa dan yang paling penting merapatkan hubungan kekeluargaan.

Sumber : Dato Seri Vida

Terdahulu….

“Biar Kami Jaga, Nanti Orang Ambil Kesempatan Dekat Harta Mama” – Doa Anak DSV Sebelum Ambil UPSR Buat Netizen Kagum

Gelagat anak Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Muhammad Eric Zacquan atau dikenali sebagai Kacak menitipkan doa sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mencuri tumpuan netizen.
 
Menerusi satu video berdurasi 1:29 minit yang dimuat naik di Instagram DSV, Kacak mendoakan supaya tiada individu mengambil kesempatan atas kekayaan ibunya.
 
“Doakan saya ambil peperiksan UPSR, nanti Kacak dan Cik B jaga mama (DSV). Nanti orang ambil kesempatan dekat harta mama,” katanya.
 
Sementara itu menerusi kapsyen pada posting berkenaan, DSV tidak menyangka apa yang diungkapkan oleh anaknya itu.

Terkesima, terkedu dan tak sangka apa yang ada dalam fikiran kepala Kacak. Mungkin Kacak tahu apa yang saya lalui, tetapi nak buat macam mana.
 
“Kacak nak jaga saya, seorang anak yang hebat. Doakan Kacak berjaya dalam peperiksaan UPSR,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikut DSV menganggap Kacak seorang anak yang pintar matang.
 
Kebanyakkan mereka berpendapat Kacak telah sedar tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.
 
Anda boleh lihat sebahagian komen netizen di bawah.

SUMBER

Be the first to comment on "Walaupun Selalu ‘Kecek Kelate’, Dato Vida Bangga UPSR Anak Dapat ‘B’ Bahasa Inggeris, Ini Keputusan Penuh UPSR ‘KACAK’.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*