Sesiapa pasti sahaja akan teruja apabila terjumpa dengan maskot kartun kegemaran mereka. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja apabila erjumpa dengan maskot kerana dapat mengembalikan nostalgia lampau mereka.
Tetapi siapa sangka, orang disebalik maskot comel ini bakal memberi dan meninggalkan pengalaman yang pahit terutamanya buat para gadis dan wanita diluar sana.
“Khas untuk orang perempuan yang datang Melaka…”
Seorang gadis telah meluahkan dan berkongsikan kejadian ngeri menimpa diri dan rakannya dengan si pemakai maskot Mickey Mouse. Perkara ini dikatakan berlaku keatas dirinya di sekitar Dataran Pahlawan, Melaka.
Khas untuk orang perempuan yang datang melaka , terjumpa mickey ni area dataran pahlawan & nak bergambar dengan dia , aku nak pesan TOLONG JANGAN PERCAYA BILA DIA KATA DIA BUDAK KECIK !
Aku buat thread ni sebab taknak korang kena macam member aku kena tadi . pic.twitter.com/Dhs7L58iVe
— cin (@kaachuuuuuuuu) November 23, 2019
Niat mula-mula nak bersedekah je
Dia mengaku umur baru 9 tahun!
Tangan si Mickey tak lepas dari pinggang…
Nak tahu identiti sebenar disebalik maskot!
“Orang dewasa bersaiz kecil…”
Bukan nak tutup rezeki orang, cuma hati2!
Jangan sesuka hati bagi orang pegang2…
Sesiapa tahu rupa si Mickey, sila kongsi…
Ni ke umur 9 tahun?
Salah seorang pengguna Twitter, dikatakan telah merakam video bersama dengan pemilik maskot Mickey Mouse berkenaan. Agak mengejutkan, sememangnya Mickey Mouse berkenaan ialah orang dewasa yang bertubuh kecil dan pendek.
Ada yang pernah terkena sebelum ni!
Rupa-rupanya, ramai juga yang meluahkan pernah terkena kajadian yang sama seperti yang diceritakan oleh gadis berkenaan. Dikatakan lagi, si Mickey itu bukan sahaja suka mengambil kesempatan, malah pernah mencuri barang milik pelancong disekitar itu.
Pernah kena sampai bergaduh mulut!
Ada yang pernah kena kejar dengan dia…
Memang menyeramkan! Suka tarik budak2…
Pernah jadi mangsa dan benda yang sama jugak…
Para gadis dan wanita dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan sesiapa pun dan tidak mudah membenarkan sesiapa menyentuh tubuh badan anda. Jenayah kini sering kali berlaku walaupun berada di tempat awan dan terbuka.
Sumber: Kachuuuuuuuu.
Be the first to comment on "Remaja Sekolah Ini Dedah Pengalaman Detik Hitam Bergambar Dengan Maskot Mickey Mouse,Akhirnya Terbongkar Identiti Sebenar.Ini Yang Telah Terjadi Dan Sangat Mengejutkan"