Eksperimen sains adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan banyak eksperimen menarik yang boleh dilakukan di rumah sahaja dengan bahan-bahan yang mudah.
Seorang jurutera elektrikal, Mehdi Sadaghdar yang berasal dari Kanada turut gemar berkongsikan video eksperimen elektrikal untuk tujuan pendidikan.
Namun, walaupun merupakan seorang pakar, Mehdi sering menemui kegagalan dalam eksperimen yang cuba dilakukannya.
Dalam satu posting yang tular, seorang individu telah berkongsikan beberapa kompilasi eksperimen oleh lelaki yang berasal dari Iran itu.
Dalam video itu Mehdi dilihat cuba mengalirkan elektrik menggunakan pensil, namun pensil yang dipegangnya terbakar membuatkan dia panik.
I'm gonna tell my kids this was Nikola Tesla pic.twitter.com/VZZGODNtwt
— 🧐 (@UnArabeGentille) November 23, 2019
Pada cubaan kedua pula dia menggunakan lead pensil, namun lead berkenaan meletup. Mehdi juga secara tidak sengaja membakar sarung tangannya ketika memanaskan secebis tembaga.
Selain itu dia juga menghasilkan ‘taser‘ buatannya sendiri untuk tujuan mencukur bulu, namun dia terkena kejutan elektrik ketika cuba mencukur misainya dengan alat itu.
Eksperimen lelaki berkenaan yang penuh dengan kemalangan-kemalangan kecil sangat melucukan dan membuat rata-rata netizen terhibur.
Kerusi elektrik…
I'm gonna tell my kids this was Nikola Tesla pic.twitter.com/VZZGODNtwt
— 🧐 (@UnArabeGentille) November 23, 2019
“Ciptaannya yang terhebat…”
Same guy who did this video a while back…. still probably one of his best vids! pic.twitter.com/tjV6SjjVtT
— Paul P (@AgentLittleP) November 24, 2019
Sumber: Twitter
Be the first to comment on "(Video)Lelaki Buat Eksperimen Elektrik Tapi Lain Yang Jadi, Netizen Terbahak"