Abang f00dpanda Mengadai Ny4wa Sendiri Demi Menyelamatkan Gadis Ini Yang Cuba Bvnuuh Diri Di Sungai Kelang.Namum Air Sungai Klang Menjadi Bualan Hangat Netizen

SYABAS! Demikian komen rata-rata netizen berhubung tindakan mulia seorang petugas Foodpanda yang menyelamatkan seorang gadis dalam satu cubaan bunvh diri di Sungai Klang, Selangor, baru-baru ini.

Video berdurasi 30 saat itu dikongsi secara meluas di Facebook sehingga menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Dalam rakaman berkenaan, lelaki yang memakai seragam Foodpanda itu dilihat meredah sungai sebelum menyelamatkan gadis berkenaan yang terbaring di dalam air.

Dalam keadaan air berkedalaman paras paha, dia mengheret gadis itu dan meletakkannya ke atas batu sebelum rakaman itu berakhir.

“Foodpanda rider selamatkan gadis yang cuba bunvh diri di Sungai Klang. Salute!” tulis pengendali Faceboook We Are Malaysians yang berkongsi video berkenaan.

Selain dikongsi ramai pelayar Facebook, video berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Netizen memuji sikap pekerja khidmat penghantaran makanan berkenaan, tetapi ada juga yang mempertikaikan insiden itu yang mana mereka mendakwa ia tidak logik berikutan paras air yang cetek sahaja.

“Tahniah kamu selamatkan nyawa. Tuhan rahmati kamu.

“Tuhan akan murahkan rezeki abang baik hati ni.

Video ini tular di Facebook.

Penungang Food Panda menyelamatkan perempuan cina dalam cubaan membunuh diri dengan terjun ke sungai di Jalan Klang Lama

Posted by Malaysia Explorer on Friday, 22 November 2019

“Bukan sahaja hantar makanan tepat pada masanya, tapi selamatkan nyawa pun tepat pada masanya.

“Macam mana seseorang boleh lemas dalam air yang cetek?

“Ia seperti dia mahu perhatian dan bukannya lemas,” tulis beberapa netizen di Facebook.

Bagaimanapun sehingga kini, identiti gadis serta petugas Foodpanda berkenaan masih belum dikenalpasti.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Abang f00dpanda Mengadai Ny4wa Sendiri Demi Menyelamatkan Gadis Ini Yang Cuba Bvnuuh Diri Di Sungai Kelang.Namum Air Sungai Klang Menjadi Bualan Hangat Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*