Kini ramai yang telah ketagih dengan aplikasi Tik Tok kerana pelbagai ciri-ciri dan fungsi menarik yang disediakan memberi peluang kepada pengguna media sosial untuk menunjukkan kreativiti mereka.
Selain itu pengguna juga boleh merakam video mereka di mana-mana menggunakan telefon bimbit sambil berinteraksi dengan pengikut mereka.
Antara video-video yang paling banyak dikongsikan di Tik Tok adalah rakaman pengguna ber’miming’ lagu popular sambil membuat gaya tarian.
Baru-baru ini pula seorang gadis telah ‘tertangkap’ ketika sedang ‘syok sendiri’ menghasilkan video Tik Tok di dalam kereta.
Homegirl got caught in the middle of doing a Tik Tok – and I am dead…😂🤣😭💀💀 pic.twitter.com/CP1IFXQF6a
— Rex Chapman🏇🏼 (@RexChapman) November 21, 2019
Ketika gadis tersebut sedang seronok menari di hadapan kamera telefon, dia tidak perasan aksinya sedang dirakam oleh pemandu kereta di sebelahnya.
Apabila dia berpusing dan ternampak pemandu berkenaan telah merakam segala-galanya, gadis berkenaan tertunduk malu sambil diketawakan pemandu itu.
Homegirl got caught in the middle of doing a Tik Tok – and I am dead…😂🤣😭💀💀 pic.twitter.com/CP1IFXQF6a
— Rex Chapman🏇🏼 (@RexChapman) November 21, 2019
Video yang kini telah mencecah 6 juta tontonan itu membuat rata-rata netizen turut merasa malu dan geli hati.
“Sekurang-kurangnya dia bukan ditangkap korek hidung…
“Anjing tu pun malu…”
“Aku sendiri pun malu…”
“Malu dengan manusia…”
Selain itu ada juga yang mempersoalkan mengapa gadis itu malu dengan insiden itu sedangkan dia sendiri merakam aksinya untuk dikongsikan ke seluruh dunia.
“Malu pulak bila orang tengok depan-depan…”
“Dia sanggup kongsi video tu untuk ditonton berjuta orang…”
“Satu dunia tengok takpe, tapi bila satu orang tengok malu…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Twitter
Be the first to comment on "Tular Video Gadis Ditangkap Sedang ‘Syok Sendiri’ Buat Tik Tok Dalam Kereta"