Awas Bawa Anak Mandi Pantai Musim Cuti Sekolah, ‘Otai’ Kongsi Petua Mudah Jika Kulit Terkena Obor-Obor Buat Netizen Teruja Dan Kagum Dengan Kemahirannya

MUSIM cuti persekolahan yang sudah menjelang tiba pasti diisi dengan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga.

Antara lokasi yang sering menjadi kunjungan pada musim cuti sekolah tentunya pantai.

Bagaimanapun awas, dalam keseronokan bermandi-manda, pengunjung sewajarnya berhati-hati dengan kehadiran obor-obor berikutan cuaca panas dan kering pada ketika ini kerana ada antara spesies itu mampu membunuh dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang pelayar berkongsi petua dan tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terkena bahaya sengatan atau bisa sekiranya tersentuh haiwan tersebut.

Menurut pelayar tersebut, petua itu diperolehinya daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Siva, yang ditemui ketika sedang beriadah di sebuah pantai di Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Tengah sembang-sembang semalam, tiba-tiba dia nampak obor-obor depan kami dan terus pergi tangkap. Banyak tip dia bagi tentang obor-obor dalam video ni.

“Saya masih terkejut lagi ketika itu kerana baru saja keluar dari air lepas main jetski. Memang hotel ada letak amaran sekarang ini musim obor-obor. Tapi tak sangka pula obor-obor datang sampai depan pantai ni,” tulis pelayar tersebut.

Antara komen netizen yang turut sama berkongsi pengalaman mereka terkena obor-obor.

Dia turut memuat naik satu video menunjukkan aksi Siva yang dengan selamba menangkap seekor obor-obor di gigi pantai terebut.

Dalam video berdurasi  1:05 saat itu, Siva memberitahu bahawa haiwan tersebut perlu dipegang dengan cara tertentu bagi mengelakkan bisa sengatannya.

“Kalau kita pegang obor-obor dengan kulit tapak tangan, tak apa. Tapi kalau terkena kulit di belakang tapak tangan, bahaya… baru kena sengat,” kata Siva.

Menurut lelaki itu lagi, sekiranya terkena obor-obor, petua yang sering digunakan adalah dengan meletakkan cuka di kawasan kulit yang terjejas.

“Tapi kalau terkena budak kecil, jangan letak cuka. Ambil air Coca-Cola yang sejuk dalam tin, goncang dan curahkan air minuman itu ke kulit. Ia tak akan pedih. Tapi kalau letak cuka, kulit mereka lembut, itu akan menyebabkannya pedih,” kata Siva lagi.

Pelayar tersebut berkata Siva sudah lali terkena sengatan obor-obor, apatah lagi sering menghabiskan masa di pantai sejak kanak-kanak lagi.

Tapi kalau terkena budak kecil, jangan letak cuka. Ambil air Coca-Cola yang sejuk dalam tin, goncang dan curahkan air minuman itu ke kulit. Ia tak akan pedih. Tapi kalau letak cuka, kulit mereka lembut, itu akan menyebabkannya pedih.

“Ada dua kategori obor-obor di sini, yang dia tangkap warna putih (seperti di dalam video) tak bahaya sangat. Kalau terkena kulit, ia akan naik bintik-bintik satu badan, dan rasa gatal serta pedih sikit. Dalam 30 minit ke satu jam, selalunya dah hilang kesan tersebut. Mereka juga ada krim tahan sakit untuk disapu, kalau terkena. Satu lagi cara, boleh terus bilas dengan cuka atau air kencing.

“Kategori kedua pula obor-obor yang warna transparent. Yang itu, kalau kena pada kaki sikit, terus tersiat sampai nampak daging. Tapi tak berdarah. Ia akan melekat pada kulit, kita kena tarik cabut. Kalau biar saja, nanti ia terus masuk ke tulang.

“Kalau terkena yang ini, kena cepat-cepat tarik keluar, kemudian kena terus ke hospital ambil injection. Boleh bawa maut kalau lambat. Fuh kita takut dengar cerita dia. Dia dah biasa kena, relax saja bercerita,” ujar pelayar tersebut.

View this post on Instagram

Kalau musim cuti sekolah, mesti ramai beriadah di pantai. Awas yaaa, bimbang disengat obor-obor. Jom dengar tips/petua dari bro ni. Artikel di Ig Story/Highlight. Kredit: Shakirah Karim #mstarkongsi #mstarSH

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Dalam pada itu, posting tersebut meraih sebanyak 1,000 shares, selain turut dihujani dengan komen netizen.

Rata-ratanya melahirkan kekaguman dengan kemahiran lelaki bernama Siva itu menangkap haiwan berbisa tersebut.

Mereka juga menyatakan keterujaan kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu hasil perkongsian petua oleh lelaki tersebut.

“Terima kasih memberi info cukup tepat buat warga Penang, ada yang belum tahu maklumatnya,” kata Ahmad Mawardi.

“Terbaik bro Siva… dapat satu ilmu,” kata Hairi Ismail.

“Dia tahu cara nak tangkap. Bagus ni, belajar daripada dia, ilmu juga,” kata Ahmad Suhrawadi. 

SUMBER

Be the first to comment on "Awas Bawa Anak Mandi Pantai Musim Cuti Sekolah, ‘Otai’ Kongsi Petua Mudah Jika Kulit Terkena Obor-Obor Buat Netizen Teruja Dan Kagum Dengan Kemahirannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*