Da’I Farhan Tampil Buka Cerita Sebenar, Individu Itu Ftnah Mungkin Ada Kaitan Tak Beli Rumah Dengan Dia

Pemenang tempat pertama rancangan dakwah Da’i musim kedua iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad menganggap tuduhan yang dilemparkan seorang individu dikenali sebagai Ches Al-Maliki berkaitan hal rumah tangganya sebagai sebuah ftnah.

Nik Farhan berkata, Ches yang juga rakan baik isteri pertamanya iaitu Fatin bertindak demikian bagi membalas dendam dan tidak menerima hakikat bahawa wanita itu sudah reda untuk hidup bermadu.

Nik Farhan turut memuat naik paparan skrin isteri pertamanya memohon maaf.

” Astaghfirullah, mungkin kerana dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dengan dia, tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dengan viralkan perkara ftnah yang telah berlalu.

” Moga gambar Whatsapp isteri saya dengan dia pada 1 November yang lalu menjawab segala ftnah yang dia viralkan,” tulisnya menerusi Instagram pada Selasa.

Nik Farhan turut memuat naik paparan skrin perbualan yang menunjukkan Fatin telah memohon maaf kerana membuka aib suami sendiri kepada orang lain dan mempercayai ftnah yang telah tersebar.

Sebelum ini, Nik Farhan mendedahkan sudah bernikah dengan seorang jnda anak lapan di Tanah Suci, Makkah dan mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Da’i Farhan bernikah dengan isteri kedua di tanah suci, Makkah.

Bagaimanapun pada Selasa, Ches menerusi Facebook mendakwa kononnya perkahwinan pendakwah bebas dengan isteri keduanya itu berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

Malah kata Ches, lebih memeritkan apabila isteri pertama Nik Farhan itu kini sedang sarat hamiI anak kedua mereka.

Ches turut mendakwa dia pernah menghubungi jnda anak lapan itu bagi menasihatkan agar menjauhi suami rakan baiknya itu namun tidak diendahkan.

Dalam pada itu, Nik Farhan menasihati netizen mengenai bahaya menjadi penyebar dan penyokong sesuatu ftnah tersebut.

Perkahwinan kedua Nik Farhan dengan janda anak lapan menarik perhatian netizen.

” Teman-teman sekalian ingatlah, manusia yang hebat mulia adalah manusia yang nyawanya telah terhenti, tetapi pahala untuknya tak pernah terhenti.

” Tetapi manusia yang malang dan hina adalah manusia yang nyawanya telah terhenti, tetapi saham d0sa untuknya tak pernah terhenti.

” Itulah bahaya ftnah, penyebar dan penyokongnya. Maafkan daku ya Allah, insan yang hina lagi kerdil ini. Ampuni d0sa hambaMu ini,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Da’I Farhan Tampil Buka Cerita Sebenar, Individu Itu Ftnah Mungkin Ada Kaitan Tak Beli Rumah Dengan Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*