Sosej atau kita sering sebut sebagai hot dog memang terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Mana tidaknya, selain rasanya yang cukup sedap, ia juga boleh didapati dengan harga yang sangat murah.
Big girls dont cry, they make big breakfast instead 💪🏼 pic.twitter.com/TxZlEhnGxq
— Arlina (@arlinabanana) November 23, 2019
Baru-baru ini, seorang influencer iaitu Arlina Banana ada berkongsi dua keping foto yang memaparkan sarapannya pada hari berkenaan di laman Twitter. Foto yang boleh bikin air liur meleleh itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet dan turut di-retweet oleh @ratemyplatenow.
Meskipun rata-rata terliur melihat foto tersebut, ia ternyata turut mengundang kecaman daripada Mat Salih yang mengkritik cara penyediaan makanan itu.
Kenapa tetiba banyak mat salleh comment ni! Siap kena hina tau! Ko sabajap, I want to prepare my british accent. You wait there a minute, I prepare my comeback. https://t.co/BmR2h3Du3n
— Arlina (@arlinabanana) November 23, 2019
Memandangkan sosej boleh dikatakan sebagai comfort food mereka, ada segelintir Mat Salih yang melemparkan kritikan dengan mengatakan susunan dalam pinggan tersebut salah di sisi ‘undang-undang’. Berikut kami kongsikan beberapa coretan Mat Salih yang mengkritik sarapan Arlina Banana itu:
Jesus, did you cook the sausages in the tumble dryer?
— Simon Walsh (@simonwalshy) November 23, 2019
Sausage needs to be between the egg and the beans to act as a barrier so you get to choose when to mix them. Lose a point for the mayo but otherwise a good effort, 7 on 10
— Simon Wilding🔸🇪🇺 (@SJWilding) November 23, 2019
Sausage looks like pale hot dogs.
— Scooter The Boss🛵🛵☘️☘️🇮🇪🇮🇪 (@ScooterTheBoss1) November 23, 2019
Tercabar dengan kritikan tersebut, rata-rata warganet tampil membidas kenyataan daripada Mat Salih sekalian dengan meninggalkan coretan yang cukup lucu.
Dia masak nak makan. Bukan nak buat lego nak kena letak situ sini.
— Wounded soul (@wanmehsan) November 23, 2019
Sudah cukuplah kita dijajah untuk berapa ratus tahun takkanlah korang nak jajah ruangan komen kitorang pulak😓
— イクマル🇯🇵|إکمل حاکيمي🇲🇾 (@iqmalkazuki1) November 23, 2019
Comment section dijajah british!!
— muhd makaveli (@ifwatk) November 24, 2019
Malah, ada pengguna laman itu yang turut mengaitkan kes nangka yang pernah tular sebelum ini.
Kecoh lah matsalleh ni dah lah kopek nangka pun tak reti
— Datin Sri (@najiehazman) November 23, 2019
Apa-apa pun, memang boleh gelak tanpa henti apabila baca tulisan skuad bawang Malaysia!
SUMBER
Be the first to comment on "Gadis Ini ‘Diserang’ Mat Salih Sebab Isu Sosej, Tak Sangka Ini Reaksi Daripada Warganet"