Syurga Tempat Kamu Sayang

Ibubapa mana yang boleh kuat semasa merasakan sedih apabila anak meninggal. Kematian anak merupakan hal yang paling sukar untuk dilalui oleh mana-mana ibu bapa pun.

Tak ada yang mampu menandingi kasih sayang ibubapa kepada anaknya. Selama 9 bulan ibu mengandung dan menguruskan si buah hati dengan sepenuh hati hingga dia menjadi dewasa, tiba-tiba ibubapa ditinggalkan si anak dan bersedih dengan segala harapan dan impian untuk masa depan anaknya.

Pelawak, Ali Puteh memaklumkan bahawa anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meninggal dunia sebantar tadi.

Perkara itu dikonsgikan Ali menerusi Intagramnya.

Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini.

“Tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar,” tulisnya.

Sebelum ini, Ainul yang berusia tiga bulan dilapor mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.

Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia, dua tahun.

Kami di MH turut mengucap takziah buat Ali sekeluarga. Al-fatihah buat adik Ainul.

Sudah pasti Ali dan keluarga memerlukan waktu yang lama untuk berlalu. Perkara ini sangat menyakitkan dan seolah-olah rasa itu tidak pernah akan berakhir, namun boleh dilalui dengan kuat jika hati kita redha menerimanya.

Kami mendoakan agar Ali sekeluarga redha dengan kehilangan ini, dan semoga dapat menjalani hidup dengan ketenangan.Al-fatihah buat adik Ainul.

Foto : Instagram Ali Puteh

Be the first to comment on "Syurga Tempat Kamu Sayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*