Gara Gara Gambar Bersama M.K, Amelia Dihujani ‘Tag’ Nama Penyanyi Rap Popular

Selebriti Amelia Henderson diantara pelakon wanita yang sudah tidak perlu lagi diperkenalkan malah dia juga sudah dikenali sejak masih kecil lagi di kaca televisyen.

Amelia bagaimanapun juga sering berkongsikan perkembangan terbarunya dengan foto-foto yang membuatkan peminat suka melihat penampilan pelakon ini yang sentiasa berbeza-beza.

Malah, dia juga dipuji peminat kerana tampil cantik dalam pelbagai busana yang digayakan dan menerusi posting terbaru ini dengan gayanya bersama jenama terkenal, Michael Kors turut menjadi perhatian ramai.

View this post on Instagram

the sky’s the limit ☁️ touched down in Singapore with @michaelkors #MichaelKors it’s about to be a good week!

A post shared by 𝕬𝕸𝕰𝕷𝕴𝕬 (@ameliath) on

Namun begitu, apa yang menjadi perhatian juga diruangan komen ada yang menyangka ia mengenai seorang penyanyi rap popular berikutan pada foto itu juga ada perkataan MK.

Kongsi foto lain pula yang jadi…

Ini kerana, penyanyi rap itu juga sangat mendapat perhatian yang mesra disapa MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin.

Gara-gara hal itu juga, posting Amelia itu dihujani dengan ‘tag’ nama akaun milik MK yang disangkakan netizen Amelia turut meminati penyanyi itu.

Oh ingatkan MK tu

MK K-Clique ke

Bagaimanapun, menerusi posting itu juga rata-rata turut memuji kecantikan pelakon terkenal ini yang kelihatan sangat menawan dengan gaya sedemikian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Amelia Henderson via HCL

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique

biodata mk k clique

Kumpulan K-Clique merupakan sebuah nama yang telah mencipta fenomena baharu dalam dunia muzik Hip Hop semasa, selepas beberapa lagu mereka mendapat perhatian dan meraih jutaan tontonan di laman Youtube.Antara lagu hits K-Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Licik, Mimpi dan Warna.

Di kalangan kesemua anggota kumpulan ini, tidak dinafikan MK antara yang acapkali menerima publisiti di muka media, serta menjadi buah mulut di kalangan peminat, khususnya wanita.

Jom berkenalan lebih rapat dengan bintang rap ini yang dikatakan sudah berjinak-jinak dengan muzik hip hop sejak zaman persekolahan lagi.

 

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan. Dikenali umum sebagai MK (K-Clique).

2. Nama panggilannya di kalangan rakan-rakan ialah Hairi dan Mat.

3. Berusia 23 tahun (2019).

4. Kelahiran Tawau, Sabah.

5. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau.

6. Merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki. Dua daripadanya telah meninggal dunia.

7. Berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.

8. Menganggotai kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

 

Fakta Menarik

  • ‘MK’ merupakan singkatan kepada namanya sendiri iaitu Muhammad, manakala K pula merujuk kepada nama ibunya, Kamariah.
  • MK bersama K-Clique mula bertapak daripada komuniti muzik ‘underground’.
  • Mengidolakan bintang hip hop ternama, kumpulan Too Phat.
  • Mula bergiat serius dalam bidang nyanyian selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti.
  • Bercadang menetap di Kuala Lumpur sekiranya keadaan stabil dan mendapat kata sepakat daripada ahli K-Clique yang lain.
  • Dahulunya beliau merupakan penggemar sukan futsal dengan turut menubuhkan pasukannya sendiri dinamakan sebagai Whuutt FC.
  • Mempunyai personaliti yang santai, juga seorang yang pemalu.

instagram mk k clique

lirik mk

k clique

Sumber:

1. Trek Selebriti

2. Nama Sebenar MK Kumpulan K-Clique Korang Mungkin Tak Tahu!

3. #GengPagiHot : Perjalanan Seni MK K-Clique

 

Be the first to comment on "Gara Gara Gambar Bersama M.K, Amelia Dihujani ‘Tag’ Nama Penyanyi Rap Popular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*