‘Cara Pantang’ dikatakan tidak sesuai lagi, Dr Amalina dis3rang warganet dengan komen pedas di laman sosial

Isu berpantang selepas bersalin memang menjadi kepantangan rata-rata orang Malaysia (terutama di Facebook) untuk disentuh.

Apatah lagi bila ditegur cara tradisi sudah tidak lagi sesuai oleh pengamal perubatan seperti Dr.Amalina dan Dr.Imelda Bacin, ramai yang kepanasan hingga menjawab sarkastik serta mendoakan yang buruk-buruk kepada mereka ini.

Dr.Amalina berkongsi antara komen yang tidak berpuas hati dengan tweet beliau.

Bagi Amalina sendiri, niatnya bersama Imelda adalah untuk memastikan ibu-ibu mendapat khasiat menerusi pemakanan dan bukannya diet ketat hingga menjejaskan kualiti gaya hidup mereka sendiri.

View this post on Instagram

“The key to success is to focus on goals, not obstacles.”

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Pengambilan telur, ikan, sayur dan buah-buahan adalah untuk kebaikan ibu juga. Dan bukannya hanya makan nasi dan ikan sahaja, tanpa sayur dan buah-buahan.

Namun apa yang diambil oleh warganet di Facebook ialah golongan ini tidak sayangkan badan mereka. Malahan ada yang tidak sabar untuk melihat Amalina bersalin seterusnya menantikan kesan buruk bila tua nanti.

“A bit hypocrite isn’t it? Amalan hidup sihat sepanjang hayat tak nak buat (kurang gula, kurang garam, exercise , healthy balanced diet etc etc) tapi pantang lepas bersalin je buat, then lepas habis pantang terus makan tak ingat dunia.”

Ini kerana ramai ‘makcik bawang’ berpantang dengan cara tidak betul. Menyekat segala-galanya ketika pantang bersalin kemudiannya makan sepuas-puasnya apabila ‘merdeka’.

Ramai yang menasihatkan Amalina mengabaikan komen tersebut kerana tiada apa yang boleh dilakukan untuk menasihatkan mereka.

Sumber Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Cara Pantang’ dikatakan tidak sesuai lagi, Dr Amalina dis3rang warganet dengan komen pedas di laman sosial"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*