“Kau jaga kaunter karaoke jela” Netizen ‘Takleh Blah’ Haneesya Nak Nyanyi Lagu Pasal Jatvh Bangvn Dalam Industri

Haneesya Hanee, nama yang boleh dikatakan cukup ‘panas’ dan terpalit dengan beberapa kontroversi. Tapi kali ini bukan isu hangat yang menjadi bualan tetapi sebaliknya tentang Haneesya yang bakal bergelar penyanyi tidak lama lagi.

Menurut ERA, selepas mencuba bidang lakonan dan menjadi model di pentas peragaan Haneesya bakal keluar dengan single terbaru kolaborasi bersama sebuah band. Katanya,

“Saya akan tampil dengan lagu duet kolaborasi bersama sebuah band. Buat masa ini, saya tidak boleh kongsikan nama band ini, tunggu sahaja single kami yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.”

View this post on Instagram

Hello Beyoncé?

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

Mula-mula tak yakin, tapi…

Mengaku pada mulanya tidak yakin dengan kebolehan diri untuk menyanyi, namun…

Pada awalnya memang saya tidak yakin untuk menyanyi, namun kumpulan ini beri galakan.”

Lagu tentang jatuh bangun dalam industri

Haneesya berkata lagu tersebut dihasilkan band terbabit yang diinspirasikan daripada kisah jatuh bangunnya dalam industri hiburan tanah air.

“Yang penting lagu yang bakal keluar ini, kami tidak memerli mana-mana pihak termasuk satu kumpulan lain. Bagi saya dalam mencari rezeki, kita janganlah gunakan kejatuhan seseorang sebagai sumber rezeki kita sebab tidak tahu keberkatan rezeki kita jika kita berbuat demikian.”

View this post on Instagram

Something big is coming up! Stay tune Thank you @kree_official for the fur @nosclo for the top @092mm.official for the chain Shoes from @zara

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

“Berapa lama dalam industri? Dia ni siapa?”

Ramai netizen yang perli dengan statement Haneesya bila dia mengatakan lagu itu adalah inspirasi dari kisah jatuh bangun dalam industri. Walhal menurut mereka dia baru setahun jagung namun cara bercakap seolah-olah sudah begitu lama menapak dalam industri hiburan.

Ada juga yang persoal siapa yang mengundi dia sehingga berjaya menang sebagai Artis Baharu Popular dalam Anugerah Bintang Popular 32 pada September lepas.

Tak ketinggalan ada juga yang sempat perli Haneesya supaya tidak saman mana-mana individu kalau mereka kritik suaranya nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Berita Steady Media

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Berita Steady Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Berita Steady Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kau jaga kaunter karaoke jela” Netizen ‘Takleh Blah’ Haneesya Nak Nyanyi Lagu Pasal Jatvh Bangvn Dalam Industri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*