Budak 10 Tahun Jana RM100 Sehari,Tak Sangka Ini Yang Dilakukan Oleh Anak Kecil Ini Menjadi Inspirasi Rakan Sebaya Diluar Sana

Pada hari ini, banyak cara dan pekerjaan sanggup dilakukan oleh individu semata-mata untuk meneruskan hidup. Dalam kehidupan yang serba mencabar ini, mereka khususnya golongan yang kurang berkemampuan akan memerah keringat dalam memastikan pendapatan harian yang diperoleh mereka mencukupi.

Selalunya, perkara seperti ini hanya bermain di dalam pemikiran orang dewasa sahaja, berbanding kanak-kanak. Bagaimanapun perkongsian pengguna Facebook Ziyad Yazid ini pastinya bakal menyentuh hati setiap insan apabila melihat kesungguhan seorang kanak-kanak kecil ini yang sanggup melakukan pekerjaan ‘luar biasa’ bagi mencari pendapatan.

Seawal usia 7 tahun

Bagaimana usahawan cilik ini telah memberi impak kepada puluhan keluarga di sekitar Gong Badak? Saya tabik spring kepada usahawan cilik ni! Ini kisah benar.

Tatkala ramai kanak-kanak kecil yang lain menghabiskan masa cuti sekolah dengan bermain gajet, melancong dan melepak, tetapi tidak bagi adik Dafi, 10 tahun. Sebaliknya adik Dafi memilih untuk menjalankan perniagaan untuk mencari duit poket. “Saya cari duit sebab nak makan bang”, katanya. Tersentuh saya.

Adik Dafi menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan. Ini yang buat saya tertarik. Unik dan simple sahaja. Saya pun tak terfikir dengan idea bijak ni. Kos yang terlibat hanyalah dirinya, sebuah basikal dan semestinya dengan kenyakinan diri dan muka yang tebal. Masa yang dihabiskan pula kurang dari 4 jam sehari. Yang tambah menariknya lagi, adik Dafi telah menjalankan perkhidmatan ini selama 3 tahun. Seawal usia 7 tahun lagi. Ya. Darjah satu tuan-tuan.

Buat khidmat buang sampah

Apakah perkhidmatan yang dijalankan oleh usahawan cilik yang hebat ini? Perkhidmatan membuang sampah. Ya. Mudah sahaja. Ambil sampah di rumah-rumah dan buang di tong sampah besar. Tambahan pula, tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan kami agak jauh dan kebanyakan penduduk yang tinggal di sini adalah orang yang kerja pejabat.

Kadang-kadang memang tak sempat nak buang sampah. Jadi, perkhidmatan sebegini sangatlah diperlukan. Apatah lagi pick up terus rumah ke rumah dan boleh schedule pick up.Sekaligus telah menyelesaikan masalah penduduk yang tiada masa untuk keluar buang sampah. Bijak kan?

Setiap hari adik Dafi akan pergi rumah ke rumah untuk menawarkan perkhidmatannya. Hanya perlu beri salam, perkenalkan diri dan bertanya sama ada, ada atau tidak sampah yang nak dibuang. Sekiranya ada dan berminat, adik Dafi boleh uruskan.

Sebab tu saya tak hairan kenapa adik Dafi ni seorang yang talkative dan mudah masuk dengan semua orang. Ada sahaja topik yang ingin diceritakan. Termasuklah kerenah pelanggan-pelanggannya.

Dah cover dua taman

Kini perkhidmatan adik Dafi ini telah cover dua buah taman. Hanya dia seorang sahaja playerdi kawasan tersebut. Semuanya dibuat dengan seorang diri. Sehari dalam 6 ke 7 pelanggan. Casnya adalah bermula Rm4 sehingga Rm5 per perkhidmatan.

Seringkali juga adik Dafi menerima lebih dari itu. Pernah satu masa adik Dafi menerima sehingga Rm 50 per perkhidmatan dan meraih Rm 100 sehari.

Kagum saya dengan keberanian dan kebijaksanaan adik Dafi dalam mencari duit poket. Di usia yang sangat muda tetapi boleh terfikir untuk menjalankan perniagaan ini dengan seorang diri. Hebat, sangat hebat. Hanya dengan idea yang simple tetapi dapat memberi impak kepada puluhan keluarga di sini.

Key dia adalah menyelesaikan masalah orang yang sudi membayarnya. Banyak saya belajar dari adik Dafi hari ni. Saya doakan adik Dafi sentiasa dimurahkan rezeki dan sukses di masa hadapan.

Sumber: Facebook Yazid Ziyad

Be the first to comment on "Budak 10 Tahun Jana RM100 Sehari,Tak Sangka Ini Yang Dilakukan Oleh Anak Kecil Ini Menjadi Inspirasi Rakan Sebaya Diluar Sana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*