“Jadi mngsa kandungan Ivcah,” Adeline Tsen tidak teragak-agak ambil tndakan jika keterlaluan

 

PELAKON Adeline Tsen enggan memperbesarkan apa-apa isu yang mnegaitkan dirinya kerana memahami status sebagai seorang selebriti.

Bagaimanapun, Adeline atau nama sebenarnya Adeline Tsen, 32, berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan foto atau video miliknya atau ahli keluarga bagi tujuan tidak baik.

“Mereka ini tak ada kerja… cuma nak viral dan ini adalah salah satu cara supaya orang ramai pergi tengok ke akaun dia. Letak tajuk panas-panas sekali tak ada apa-apa pun. Sekarang dunia viral… headline yang main peranan penting.

Beberapa selebriti lain yang turut menjadi mangsa kepada pemilik akaun Twitter @MPelakon.

“Bila orang ramai klik, mereka dapat banyak duit. Siapa yang pandai dalam IT memang mereka boleh guna cara ini untuk dapat duit. Tapi orang sebegini tak lama sebab duit mereka dapat tak berkat. Yalah, asyik cari kesalahan orang saja. Kalau nak orang klik, biarlah content yang bagus-bagus.

“Kalau terlalu melampau sehingga menyentuh ahli keluarga, saya tak teragak untuk ambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada mereka. Saya pun tak mahu drama sangat. Tapi kalau melibatkan keluarga, saya akan ambil tindakan,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan Adeline sedang makan aiskrim dimuat naik seorang pengguna Twitter menggunakan nama @MPelakon dengan kapsyen berbaur lucah.

“Kalau dah tua nanti saya dah tak boleh nak pakai seksi-seksi.”

ADELINE TSEN

Pelakon

 

Hasil pemerhatian mStar juga mendapati selebriti lain seperti Uqasha Senrose, Chacha Maembong, Fatin Afeefa dan Zahirah McWilson turut menjadi mangsa.

Sementara itu, ketika disoal mengenai penampilannya yang dikatakan semakin seksi, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini berkata, hal itu tidak sepatutnya diperbesar-besarkan netizen.

Malah, ibu-bapanya juga tidak pernah melarang atau meletakkan syarat dalam pemilihan pakaian biar pun kelihatan menjolok mata.

Penampilan Adeline dikatakan semakin seksi.

“Kalau dah tua nanti saya dah tak boleh nak pakai seksi-seksi. Ia akan jadi pelik. Lagipun dari dulu ibu bapa saya tahu saya suka pakai seksi.

“Kalau pergi ke event-event, saya pakai apa yang bersesuaian. Kalau pergi ke pool kenalah pakai pakaian renang… takkan saya nak pakai baju yang besar-besar?” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak adminjuga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jadi mngsa kandungan Ivcah,” Adeline Tsen tidak teragak-agak ambil tndakan jika keterlaluan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*