Akhirnya,Penantian Selama 4 Tahun Yang Penuh Bermakna Buat Pasangan Aeril & Wawa Apabila Selamat Timang Cahaya Mata Ke-3,Tak Sangka Nama Dipilih Ada Kaitan dengan Peristiwa Ini

Sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 yang lalu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla. Namun hari ini, keluarga mereka telah menerima ahli terbaru apabila Wawa selamat melahirkan seorang bayi anak perempuan sebentar tadi. Detik tersebut sememangnya amat bermakna bagi keluarga selebriti ini gara-gara telah menantikan selama 4 tahun untuk zuriat terbaru sejak mengumumkan kehamilan sekitar bulan April lalu.

Alhamdulillah…muka sebijik Wawa

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram milik aktor drama ‘Cari Aku Di Syurga’ ini, dia berkongsi wajah Wawa Zainal sambil mendakap bayi yang baru lahir tersebut. Dalam masa yang sama, dirinya turut mengucapkan tanda penghargaan atas doa orang ramai yang turut memudahkan proses kelahiran pada 1 Disember ini

View this post on Instagram

Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya #wawabundleofjoy

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Nama baby “Aya Soffya”

Terdahulu, Aeril juga ada memuat naik video pendek yang memaparkan perjalanan isterinya yang sedang dibawa ke bilik bersalin sekitar tengah hari tadi. Pada minggu sebelumnya pula, mereka telah memaklumkan untuk memberi nama Aya Soffya kepada bayi tersebut dalam sebuah majlis memperkenalkan jantina bayi. Nama itu dipilih ketika berkunjung ke Turki baru-baru ini.

Sumber: IG w4w4_zainal & aeril_zafrel

Be the first to comment on "Akhirnya,Penantian Selama 4 Tahun Yang Penuh Bermakna Buat Pasangan Aeril & Wawa Apabila Selamat Timang Cahaya Mata Ke-3,Tak Sangka Nama Dipilih Ada Kaitan dengan Peristiwa Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*