“Tak Pernah Belajar Sains Ke?” Emma Maembong Kongsi Iklan Kembalikan Dara, Ini Yang Jadi Padanya

Walaupun drama ‘Cemburu Seorang Perempuan’ sudah menamatkan tayangannya pada minggu lepas, sudah ramai yang sudah mula merindui naskhah itu.

Tambahan lagi, kebanyakan penonton begitu terpukau dengan lakonan Emma Maembong yang membawa watak perempuan ‘psiko’ dengan baik sangat sehingga ramai yang naik gila sekali dengannya!

Meskipun, Emma dikenali sebagai seorang pelakon yang sering diselubungi dengan kontroversi tetapi dengan kejayaan drama ‘Cemburu Seorang Perempuan’, semakin ramai yang mula membuka mata kerana bakatnya.

Tetapi, baru sahaja dipuji oleh rakyat Malaysia, Emma sekali lagi terpalit dengan satu kontroversi. Ini diakibatkan oleh satu iklan yang dimuat naik olehnya di laman Instagram.

Netizen bengang apabila Emma berkongsi iklan produk jamu untuk mengembalikan lapisan dara. Selain itu, dia turut memuat naik tangkapan skrin mengenai artikel tentang seorang isteri diceraikan selepas baru berkahwin kerana sudah tiada dara.

Kebanyakan netizen mengkritik pelakon wanita itu kerana berkongsi iklan sedemikian, walhal semua tahu bahawa tiada darah yang keluar semasa hubungan kelamin tak semestinya wanita itu tiada dara.

Kata netizen, Emma sepatutnya mengetahui lebih mendalam mengenai sesuatu produk sebelum mengiklankannya. Selain, dia sebagai seorang wanita seharusnya lebih pandai mengenai hal tubuh badannya sendiri.

Kalau nak duit mudah pun, kajilah dulu iklan tu. Kan dah makan makian netizen

Sumber Cari

Be the first to comment on "“Tak Pernah Belajar Sains Ke?” Emma Maembong Kongsi Iklan Kembalikan Dara, Ini Yang Jadi Padanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*