” Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,”
Demikian luahan Datuk Seri EizIan Yusof yang akhirnya mengesahkan khabar angin beliau bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Buka itu sahaja, EizIan Yusof yang juga pelakon dan ahli perniagaan turut mengumumkan bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dan mendedahkan identiti bakal isterinya yang dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember ini.
EizIan, 48, mendedahkan majlis perkahwinannya dengan wanita mualaf berusia 29 tahun itu akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.
” Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.
” Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
EizIan juga mengakui jumlah sebenar kos perkahwinannya itu tidak diketahuinya sehingga sekarang.
” Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” katanya.
EizIan berkongsi, beliau sudah mengenali Natasha kira-kira empat tahun dan gembira apabila anaknya turut selesa serta merestui keputusan mereka.
” Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,” katanya.
Bulan lalu, Harian Metro melaporkan EizIan enggan berkongsi lanjut mengenai gosip mengatakan beliau bakal berkahwin bulan ini. Beliau juga meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
EizIan juga bertindak mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai gosip kononnya majlis perkahwinan yang bakal berlangsung mendapat tajaan RM2 juta.
Sebelum ini, beberapa portal dan blog hiburan telah mengeluarkan artikel yang mengaitkan EizIan Yusof dengan Datuk Ziela Jalil. Bagaimanapun desas desus itu disangkaI oleh Ziela Jalil yang mengaku bersahabat baik dengan duda kepada tiga cahaya mata itu tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada kawan.
” Ya, EizIan memang nak kahwin, tapi saya bukan calon isterinya.”, kata Ziela Jalil
Terdahulu, EizIan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 sah bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro
Be the first to comment on "Teka Teki Terjawab, EizIan Yusof Mengaku Kahwin Minggu Depan Dan lni Identiti BakaI lsterinya"