Lama berteka teki, akhirnya Eizlan Yusuf umum akan berkahwin dengan gadis ini

Tahniah diucapkan buat pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang telah pun mengumumkan dirinya bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville.

Majlis akan dilangsungkan pada 12 Disember

Memetik Harian Metro, Eizlan memaklumkan majlis perkahwinannya dengan wanita mualaf berusia 29 tahun itu akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.

“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.

“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, pada Isnin.

Bagaimanapun, Eizlan memberitahu jumlah sebenar kos perkahwinannya itu tidak diketahuinya sehingga sekarang.

“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” katanya seperti yang dipetik.

Eizlan turut berkongsi, beliau sudah mengenali Natasha kira-kira empat tahun lalu dan gembira apabila anaknya turut selesa serta merestui keputusan mereka.

“Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,” katanya.

Bulan lalu, Harian Metro turut melaporkan bintang itu 3nggan berkongsi lanjut mengenai desas-desus yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bulan ini. Eizlan pada masa sama juga meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang sp3kulasi.

Malah, dirinya juga bertindak mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai gosip kononnya majlis perkahwinan yang bakal berlangsung mendapat tajaan RM2 juta.

Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007, bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.

 

Sumber | Foto: Harian Metro, IG Mahligai Cinta & Official HLive

Kredit: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SUMBER

Be the first to comment on "Lama berteka teki, akhirnya Eizlan Yusuf umum akan berkahwin dengan gadis ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*