(Video) Hikmah Banjir Hadir Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka, Tak Perlu Ke Pasar Ikan Berenang-Renang Datang Ke Rumah

Seperti yang umum ketahui, banyak kawasan-kawasan di sebelah pantai timur yang ditengggelami banjir.

Ramai yang terkesan dengan musibah yang menimpa diri dan keluarga.

Namun disebalik musibah yang datang, turut hadirnya rezeki yang tak disangka-sangka. Satu akaun Twitter telah berkongsi satu video ikan berenang masuk ke dalam kawasan rumahnya.

Rata-rata warganet memberi komen yang mencuit hati.

ā€œApa senget tu tengah ambik corner macam motogp pulakā€

Sumber :Ā Twitter

Jangan Main Air Banjir, Ada Risiko Terkena Jangkitan Kencing Tikus – KKM

Ketika ini keadaan banjir khususnya di Pantai Timur masih lagi berlarutan. Menurut laporan berita, jumlah mangsa di Kelantan dan Terengganu lebih 15,000 orang.

Dalam pada itu, menerusi Bernama TV, Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kesemua mangsa agar tidak bermain dengan air banjir terutama seklai jika ada luka atau masalah kulit.

Ini kerana, bagi mencegah risiko jangkitan Leptospirosis (Kencing Tikus) dan Melioidosis melalui air yang tercemar. Ibu bapa sentiasalah mengawasi anak-anak anda supaya tidak bermain dengan air banjir.

Sumber:Ā Bernama TV

Be the first to comment on "(Video) Hikmah Banjir Hadir Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka, Tak Perlu Ke Pasar Ikan Berenang-Renang Datang Ke Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*