‘Sayang Pergilah Keluar Lepak Selama Yang Awak Mahu…..’ – Teman Wanita Kongsi Cerita Sebenar. Ini Pesanan Wanita Ini Kepada Gadis Gadis Diluar Sana

Seorang gadis yang dikenali sebagai Dania Elanor telah mengakui bahawa dia tidak kisah jika kekasihnya gemar keluar melepak bersama kawan.

Menurut gadis ini lagi dia amat memahami teman lelakinya dan tidak mahu menjadi awek yang terlalu mengongkong.

Ini status yang dimuat naik oleh gadis tersebut:

“Jadi kepada sayang saya, keluarlah lepak selama yang awak mahu. Awak masih muda dan saya tahu bagaimana pentingnya masa dengan kawan-kawan awak.

“Mereka banyak menyokong awak sebelum kehadiran saya. Jadi saya mahu awak nikmati masa bersama mereka, baby,”

“Bagi saya tak ada masalah teman lelaki atau suami nak keluar lepak. Asalkan mereka faham tanggungjawab dan keutamaan.

“Dah besar, masing-masing pandai. Tahu apa yang patut dan tak patut. Yang penting saya tahu dia keluar ke mana dan dengan siapa.

“Saya tak suka halang, saya tahu hidup dia bukan fokus saya sahaja. Kawan-kawan dia pun penting,” 

“Boleh je nak keluar. Tapi janganlah setiap malam. Bila saya post di Twitter, ramai yang komen.

“Ada yang kaitkan dengan isu keselamatan. Bahaya kalau suami tinggalkan isteri di rumah sendirian pada waktu malam.

“Tapi kalau suami nak lepak dan ada masa sendiri, apa kata bawa anak keluar sekali. Isteri pun nak ada masa untuk diri sendiri juga,”

“Bagi saya tak ada isu. Kalau teman lelaki nak pergi lepak, call saya dulu untuk luangkan sedikit masa. InsyaAllah dia akan berubah selepas kahwin kalau dia faham tanggungjawab,”

Hasil perkongsian Dania yang berumur 19 tahun itu disokong oleh ramai netizen khususnya lelaki dan ia menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet).

Menurut dia lagi, ia hanyalah sekadar pandangan peribadi dan berharap agar awek lain juga memberi ruang kepada teman lelaki atau suami masing-masing untuk melepak.

Dia juga berkata bahawa pendiriannya tidak akan berubah walaupun nanti dia sudah berumah tangga.

Dalam pada masa yang sama dia juga berharap agar bakal suaminya akan faham tentang tanggungjawab serta risiko-risiko lain jika kerap keluar malam.

SUMBER

Kalau Nak Rumah Tangga Bahagia, Jangan Halang Suami Melepak

Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya?
 
Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat.
 
Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan.
 
Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negatif, kita akan jadi marah dan tertekan. Tetapi kalau kita fikir ke arah positif, kita akan gembira. Kalau suami tidak keluar melepak, saya akan tanya,
 
“Abang tak keluar ke hari ni?”
 
Suami saya seorang kaki lepak yang tegar. Suami juga selalu melancong dengan kawan-kawannya. Suami juga selalu outstation tetapi itu semua tidak menjadi isu kepada saya. Bila dia melepak dengan kawan-kawannya, saya akan bertanya dia lepak di mana. Kalau dia lepak di kedai makan, saya akan minta dia tapau milo ais saja.
 
Kalau dia nak bercuti dengan kawan, saya akan syorkan dia tempat yang saya teringin nak melancong kerana selapas dia berjalan dengan kawan-kawan, dia akan bawa kami anak beranak pula.
 
Banyak lagi hal lain yang perlu seorang isteri fikirkan. Tambahan sebagai seorang ibu, lebih banyak masalah anak-anak yang perlu kita selesaikan. Hal suami, tak perlu kita nak kongkong. Tahulah dia menjaga diri. Itu cara nak bahagia, tak perlu fikir peningkan kepala fikir macam-macam. Hidup hanya sementara. Sentiasa positif terhadap pasangan. Ini pendapat saya sebagai ibu kepada enam anak.
 
Jangan kongkong suami, sokong hobi suami. Jalankan kewajipan sebagai isteri, inshaAllah bahagia boleh tercipta walaupun orang kiri kanan berbisik sesama sendiri,Malangnya dia dapat suami perangai seperti itu.
 
Sumber : KRT

Be the first to comment on "‘Sayang Pergilah Keluar Lepak Selama Yang Awak Mahu…..’ – Teman Wanita Kongsi Cerita Sebenar. Ini Pesanan Wanita Ini Kepada Gadis Gadis Diluar Sana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*