Mira Filzah menerusi Instagram berkongsikan beberapa keping foto dan kali ini tidak sendiri namun dia bersama adik dan ianya mendapat perhatian ramai.
Pelakon dan pengacara ini menjadi diantara selebriti muda yang mempunyai ramai peminat malah melalui laman sosialnya itu juga dia memiliki 5.6 juta followers.
Bagaimanapun, sehingga kini foto yang dikongsikan baru-baru ini tidak disangkakan meraih lebih 400,000 tanda suka daripada ramai. Tulis Mira menerusi posting:
“The chubbier version of me. When you love what you have, you have everything you need. Hello December! One month left befor 2020.”
Menerusi tiga perkongsian foto dari pelakon popular ini yang mana turut terkenal menerusi drama Sweet Dreams juga kelihatan manis tersenyum bersama adiknya itu.
Tambahan pula, gelagat ‘sweet’ adik beradik ini turut membuatkan lebih 2,353 komen ditinggalkan sehingga kini.
Dalam pada itu, netizen merasakan mereka seperti kembar kerana wajah pengacara program Nona dan adiknya itu seakan sama.
adik beradik raih ribuan tanda suka
.
.
Tidak hanya dipuji cantik dan comel melihat gelagat adik beradik ini, ada juga netizen berseloroh meninggalkan komen dengan meminta laman Instagram adik Mira pula berikutan Mira juga tidak berkongsikan namanya di posting berkenaan.
Bagila sekali IG dia
Dua-dua comel
Cantiknya kak Mira dan adik…
Sumber: Mira Filzah
Be the first to comment on "Gara Gara Mira Filzah Memuat Foto Ini Lebih 400 Ribu Likes Tanda Suka, Tak Sangka Ini Reaksi Netizen Yang Diterima Mira Filzah"