Foto Sekadar Hiasan.. Assalammualaikum admin.. dan semua follower.. mohon hide profile saya ye.. saya dah 10 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 anak. suami penjawat awam.. saya suri rumah selepas bersalin anak sulung. di sini saya nak share pengalaman saya masa berpantang dengan mak mertua.
bukan kehendak saya nak berpantang dengan mak mertua. Tapi dipujuk suami dan mak saya sendiri kerana atas alasan anak saya cucu pertama dalam keluarga mak mertua jadi saya mengalah dan mak saya juga mengalah walaupun dia susah hati sebab sudah sedia maklum.
Mak meertua manusia yang memang berpura pura..Azab nya berpantang dengan mak mertua hanya tuhan yang tahu, tak sampai sejam saya dapat kebenaran keluar hospital, mak mertua terus memaksa suami bawa saya balik kampung dengan perjalanan 8 jam .
Kami bertolak 9 malam dan sampai disana lebih kurang 5 pagi. semua atas kehendak mak mertua yang suami tak berani membantah.. dalam pantang saya tak dibenarkan baring.. saya tak diberi makanan berpantang saya tak diberi mandi air panas atau suam atau air daun..
Saya juga tak di urut tak dipakai bengkung tak ditungku.. dengan alasan mandi air daun. badan berkutu. urut. tiada orang boleh urut. bengkung tak perlu pakai susah nak menyusu. tungku takde batu. walhal sebelum bersalin suami dh beli dan siapkan semua ni..
Makanan saya sama macam makanan orang lain. ikan bawal sambal.. ayam kari .. telur, bila saya tak menjamah apa mak mertua masak.. mak mertua akan perli saya dan tinggikan suara cakap. dia anak 5 berpantang malan semua tu elok je sampai sekarang..
dan dalm pantang jangan jaga makan.. nanti susu tak ade zat kata mak mertua.. jadi nak tak nak saya menjamah sikit dan akibatnya.. seperti sedia maklum saya bentan.. Luka pernah tak baik.. bernanah. suami? suami hanya diamkan diri . Saya tak salahkan suami.
sebab tau mak mertua dh brainwash suami konon apa dia buat itu betol. dan suami percaya bulat bulat sebab ini pengalaman kali pertama.. mak mertua tak bagi saya jaga makan dengan alasan susu takde zat. Tapi masuk seminggu hari berpantang. mak mertua bawa balik.
botol susu dan susu tepung.. terus bancuh dan tanpa banyak cakap. Bagi pada anak. atas alasan.. susu saya tak elok dan cair. tapi saya tetap teruskan menyusu anak. di usia anak saya dua minggu.. depan mata saya adik ipar saya boleh bersin depan muka baby..
bila saya tegur mak mertua dengar. dia cakap ” alah baru sorang memang macam tu la jaga sangat konon” .. dan tak lama selepas tu anak saya batok dan selsema. keesokan hari saya kena pergi klinik follow up luka di bawah.. Saya pergi dengan suami dan anak tinggalkan sekejab dengan mak mertua
sebab tengah tido dan dalam keadaan anak tak sihat saya tak berani bawa anak keluar takut lagi memudaratkan kesihatannya.. bila balik saya pelik anak saya tido dengan nyenyak sehingga malam tak minta susu. Bila mak mertua perasan saya usik usik anak suruh bangun hisap susu
mak mertua cakap jangan di kacau budak tu mak bagi dia ubat batok pagi tadi tu dia tido.. Allah berderau badan saya dengar.. saya menangis sepanjang malam kejut anak dan berdoa moga anak takde ape. sbb saya ada terbaca bby tak boleh di bagi ubt..
dan ubat yang mak mertua bagi adalah ubat batok dewasa.. Alhamdulillah Alah dengar doa saya … saya bersyukur tiada apa terjadi pada anak dan sejak tu saya tak bagi mak mertua pegang anak. dan dari menantu yang lembut hanya menurut saya menjadi kurang ajar sehingga bertekak
dengan mak mertua dan minta berpisah dengan suami jika tak bawa saya balik rumah keluarga dengan segera .. Suami menurut kehendak saya.. dirumah keluarga saya cerita apa jadi. Dan di sana baru suami buka mata. apa mak dia buat tu salah.
sejak itu baru lah suami banyak google dan mencari ilmu penjagaan dalam pantang.. anak no 2 dan 3 saya berpantang sendiri dengan suami sendiri yang menjaga makan minum saya dan anak.. jauh lebih sempurna dri mak mertua jaga.. dan smpi sekarang hubungan saya dan mak mertua tak berapa baik.
Saya maafkan apa mak mertua buat pada saya. Tapi saya tak dapat maafkan makm ertua bagi anak saya ubat sebarangan.. saya menanti selama 4 tahun untuk mendapat zuriat pertama.. selama 3 tahun saya dihina dituduh bela hantu raya.. di caci mandul dan sebagainya..
tapi bila saya dh bersalin. saya sangat sedih dan terkilan bila mak mertua bagi anak saya ubat sebarangan. Alhamdulillah saya bersyukur Allah masih melindungi anak saya. harta dunia akhirat saya. buat mak mertua moga pintu hati mak terbuka untuk menjadi seorang umat yang mentaati kepadaNYA .. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Be the first to comment on "Isteri pelik ank berusia 2 minggu tidur dari pagi tak bergerak walaupun diusik. Terkejut bila mak mertua cakap jgn diusik ank tu sebab tadi dia dah bagi ubat batuk"