NEELOFA atau Lofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih sewaktu mengumumkan akan mengundurkan diri daripada mengacarakan program MeleTOP yang cukup sinonim dengan dirinya.
Selepas tujuh tahun mengendalikan program bual bicara infotainment terbitan Astro itu, Lofa memberitahu sepanjang Disember ini adalah bulan terakhir dia bertugas sebagai pengacara di MeleTOP.
Lofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, keputusan itu sangat sukar untuk dibuat memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan, tapi dia terpaksa kerana akan terbabit dengan program baru yang dirancang pihak Astro.
Dia turut menangis sewaktu membuat pengumuman menerusi rancangan MeleTOP yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria, malam ini.
Neelofa mula mengendalikan program MeleTOP pada 30 Oktober 2012 bersama rakan pengacara juga pelawak popular, Nabil Ahmad.
Pasangan itu bersiaran bersama sebanyak 370 episod dan sepanjang mengendalikan program bual bicara infotainment terbabit, Neelofa dan Nabil dilihat cukup serasi.
Sepanjang mengendalikan MeleTOP, Neelofa dan Nabil mampu menonjolkan karakter dan saling melengkapi dengan kekuatan tersendiri.
Menyentuh mengenai siapa bakal pengganti Neelofa, pihak Astro menjelaskan perkara itu akan diumumkan Januari nanti.
VIDEO
Sumber: hmetro
Foto: IG Neelofa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "[Video] “Rakaman Detik Pengumuman Neelofa Tinggalkan MELETOP” – Neelofa Umum Undur Diri, Tak Sangka Ini Kata Kata Neelofa Dan Punca Didedahkan Kenapa."