Hati-Hati Ketika Banjir, Anak Koma Kerana Lintah Masuk Ikut Punggung Akibat Bermain Air Banjir

Di Malaysia, musim tengkujuh kebiasaannya akan berlaku pada hujung tahun. Bagi negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, pastinya sudah membuat persiapan untuk menghadapi banjir yang pastinya melanda setiap tahun.

Namun bagi sesetengah orang, banjir yang melanda ini dianggap seolah-olah pesta dan berseronok bermain dengannya. Dalam tidak sedar, sebenarnya banjir ini telah mendatang bahaya kepada sesetengah orang, jika memandang remeh mengenai keselamatan sewaktu banjir melanda.

Seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Ermawati Ali, telah berkongsikan kejadian buruk yang menimpa anak saudaranya sewaktu banjir melanda.

Menurut posting yang telah dimuat naik, anak saudaranya Muhammad Hanee Ar rifa’e , kini dalam keadaan kritikal di hospital.

Dia turut memberikan peringatan kepada orang ramai, agar berhati-hati di musim banjir ini dan sentiasa berwaspada terutamanya anak kecil.

Ermawati juga telah berkongsikan gambar lintah yang dipercayai telah memasuki ke dalam tubuh badan anak sedaranya itu.

Orang ramai juga diperingatkan agar tidak terlalu berseronok untuk bermain dengan air banjir. Bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah jika tidak berhati-hati nyawa juga boleh melayang.

Sumber borakdaily

Be the first to comment on "Hati-Hati Ketika Banjir, Anak Koma Kerana Lintah Masuk Ikut Punggung Akibat Bermain Air Banjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*