Gara Gara Aeril Zafrel Memuat Status Mengunakan Perkataan ‘Ayat 18’ Kali Itu Di Akaun Twitter Miliknya. Betul Ke Da’i Farhan Respon Balas ? Ini Pendedahan Sebenar

Baru-baru ini kenyataan Da’i Farhan mengenai isteri keduanya mengundang kecaman orang ramai sehinggakan ayatnya itu menjadi ‘troll’ dan ‘trending’ di media sosial. Ramai pihak termasuk syarikat-syarikat besar turut mengambil kesempatan untuk menggunakan ayat ‘troll’ terbabit sebagai salah satu ‘marketing strategy’ mereka.

Malah, terbaru pelakon kacak Aeril Zafrel turut tidak ketinggalan untuk menggunakan ayat ‘ayat 18’ kali itu di akaun Twitter miliknya.

“18 kali permintaan saya nak baby Wawa tolak. Kali yang ke 19 ni, Wawa tak da kekuatan nak tolak.. dia punya aura tu MasyaAllah..”

Tweet Aeril tersebut berjaya menghiburkan hati warga maya yang turut meninggalkan komen berbaur sindiran kepada Da’i Farhan.

Apa yang lebih menarik apabila ‘Da’i Farhan’ dikatakan telah membalas Tweet Aeril tersebut dan bertanya sekiranya Aeril berniat mahu menyindirnya.

“Awak perli saya ke?”

Tweet balas daripada ‘Da’i Farhan’ itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut mengambil kesempatan untuk memerli Da’i Farhan. Ada juga yang memintanya untuk tidak mengambil hati kerana ianya semuanya berpunca daripada dirinya juga.

Bagaimanapun, menurut tinjauan kami akaun Twitter terbabit bukanlah akaun Twitter sebenar Da’i Farhan dan individu yang menggunakan nama Da’i itu hanyalah bergurau. Individu terbabit juga sudah menukar nama akaunnya dari Da’i Farhan kepada Muhammad Farhan.

Tak sangka ramai juga ya tertipu dengan gurauan tersebut. Kasihan, tak pasal-pasal kena menadah makian dan cercaan orang ramai. Korang ni pun, mudah sangat percaya. Haha!

Terdahulu, Da’i Farhan telah membuat pengakuan yang dia telah menolak 18 lamaran wanita untuk menjadi isteri keduanya. Namun, dia tidak mampu untuk menolak lamaran wanita ke 19 iaitu isteri keduanya sekarang kerana auranya yang kuat.

Kenyataan Da’i tersebut telah menimbulkan rasa meluat netizen sehinggakan kata-katanya itu menjadi ‘troll’ dan ‘trending’ terutamanya di Twitter.

Satu je penulis nak cakap; cukup-cukuplah tu. Daripada kita sibuk nak perli memerli dan sibuk cari kesalahan orang lain baiklah kita kaji dan muhasabah diri sendiri terlebih dahulu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Berita Media Steady

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak Berita Media Steady tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Berita Media Steady juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Gara Gara Aeril Zafrel Memuat Status Mengunakan Perkataan ‘Ayat 18’ Kali Itu Di Akaun Twitter Miliknya. Betul Ke Da’i Farhan Respon Balas ? Ini Pendedahan Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*