“Tak Rasa Yang Saya Seeksi,”- Kurus Dan Tak Cukup Berisi Kata Elizabeth Tan

Siapa sahaja yang tidak kenali penyanyi Elizabeth Tan yang terkenal dengan lagu Knock-Knock, P0lis Entry dan Semua Sudah.

Mula aktif berlakon, namanya juga sering terkait dengan penampilan yang dikatakan seeksi.

Dilabel dengan persepsi sedemikian, penyanyi berusia 26 tahun ini memberikan penjelasan.

“Saya tak rasa yang Saya seeksi. Bagi saya, untuk melabelkan seseorang itu seeksi dia mesti miliki tubuh badan yang cantik dan menawan.

“Macam kalau tengok badan saya tak cukup berisi dan kurus untuk menjadi seorang yang seeksi?

“Tapi kalau ada yang kata saya seeksi, mengatakan saya sering ded4hkan kulit, saya selalu cakap kalau mereka boleh sokong artis Kpop, Hollywood dan sebagainya mereka semua sama sahaja. Jadi apa beza mereka dengan saya?,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, bintang M1steri Delaila ini juga tidak menyifatkan pandangan tersebut sebagai suatu kecaman.

“Kalau mama saya okey dengan gambar yang dimuat naik di media sosial, saya pun okay saja.

“Tambahan pula, memang tidak boleh nak kawal apa orang lain nak cakap.

“Kalau nak cakap seeksi cakap sajalah dan tak anggap itu semua sebagai kec4man,” kata bintang yang mesra disapa Lizzy ini.

Video Interview

Dalam perkembangan lain, Lizzy bakal melancarkan single terbaru yang berjudul Shh pada 6 Disember ini.

Terdahulu, Lizzy ditemui pada lokasi terakhir siri konsert jelajah JIMBAFEST yang berlangsung di Dewan Platinum Melati, Kolej Melati UiTM Shah Alam, pada Selasa.

Selain Lizzy, rakan artis lain seperti Datin Alyah, Aizat Amdan, Sissy Iman, Awi Rafael, De Fam dan ramai lagi turut membuat persembahan di konsert berkenaan.

Foto: Instagram Elizabeth Tan

Sumber : MediaHiburan

Be the first to comment on "“Tak Rasa Yang Saya Seeksi,”- Kurus Dan Tak Cukup Berisi Kata Elizabeth Tan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*