Tergempar!! Penyanyi ‘Memori Cinta Luka’,Datuk Nassier Wahab Telah Pergi Buat Selama Lama Nya, Punca Sebenar Didedahkan

Penyanyi Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya akibat kanser rahang.

Berita duka tersebut dikongsi rakan karib Allahyarham, Zur Eda yang juga penyanyi era 80-an menerusi perkongsian di aplikasi Whatsapp.

“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun…Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin,” tulisnya ringkas.

Namun ketika dihubungi, Zur Eda memberitahu sedang dalam perjalanan ke hospital.

Pada 1 Jun lalu, Nassier pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, dan memberitahu keadaanya semakin pulih.

View this post on Instagram

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman Damai, Tenang, Bahagialah Kamu Di Sisi Ya Khaliq Sahabatku Almarhum Dato Haji Nassier Wahab.. Al Fatihah Buat Mu Sahabatku..😪 Takziah Buat Keluarga Almarhum

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

Difahamkan ketumbuhan tersebut mula dikesan selepas Nassier menjalani prosedur mencabut gigi, beberapa tahun lalu.

Terdahulu, Nassier pada April tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan menduduki tempat keempat.

AllahuakbarAL fatihah dgn bacaan utk sahabat saya,Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya mlm ini tadi!AL FatihahSemoga rohnya tenang disana!

Posted by Kanda Azizul Khamis on Wednesday, December 4, 2019

SUMBER

SAYA TAK SAKIT!!

Nassier selamat jalani pembedahan kelenjar

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nassier Wahab, 55, selamat menjalani pembedahan membuang kelenjar pada leher di pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, awal pagi semalam.

Pembantu peribadinya, Alif Salim, berkata kelenjar sebesar bola ping pong pada leher kiri penyanyi itu berpunca daripada gangguan saraf selepas mencabut gigi sekitar awal tahun ini.

“Pembedahan kecil ini memang perlu dilakukan segera kerana ia semakin membesar. Walaupun tak sakit, beliau rasa kurang selesa dan risau jika penyakit lain pula datang andai ia ditangguhkan.

“Malah, sehari sebelum masuk ke hospital untuk membuat persediaan pembedahan, bengkak kelenjar itu katanya mula berdenyut-denyut. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

“Berikutan ia hanya pembedahan kecil, doktor memintanya berehat beberapa hari saja sebelum bekerja semula. Kami ucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan orang ramai,” katanya kepada BH Online.

Kata Alif lagi, Nassier dibenarkan pulang ke rumah, hari ini, dan bakal mengadakan persembahan pertama selepas keluar wad pada 20 April ini di Ipoh, Perak.

“Datuk seorang yang kuat semangat dan komited pada janji. Ikutkan, beliau pastikan tiada tugasan yang dibatal atau ditunda sebelum beliau menjalani pembedahan ini.

“Apa pun, sebelum meneruskan persembahan di Perak, beliau sudah mendapatkan kebenaran doktor dulu,” katanya mengenai penyanyi yang bakal tampil dengan album baharu berjudul Dunia Cinta itu.

Terdahulu, penyanyi berpengalaman itu meluahkan rasa kesyukuran apabila segala urusan sepanjang berada di hospital dipermudahkan.

“Syukur, alhamdulillah pembedahan berjalan lancar di bawah pengawasan doktor pakar. Tinggal untuk berehat saja dan kembali aktif untuk meneruskan kehidupan.

“Terima kasih juga di atas doa anda sekalian,” katanya menerusi perkongsian gambar berbaju pesakit di katil hospital yang disertakan kapsyen di laman Instagram peribadinya, pagi tadi.

SUMBER

Be the first to comment on "Tergempar!! Penyanyi ‘Memori Cinta Luka’,Datuk Nassier Wahab Telah Pergi Buat Selama Lama Nya, Punca Sebenar Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*