Tak Puas Hati, Bekas Isteri Da’i Farhan Pertama Buat Laporan Polis

Isu pergolakan rumah tangga membabitkan Da’i Farhan dan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain masih belum reda dan mendapat perhatian hangat. Sebelum ini, seorang peguam menerusi satu tulisan di laman Facebooknya mendakwa bahawa juara program Da’i musim kedua itu telah memukul dan mengurung isterinya. Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh Da’i Farhan dan menganggap ia sebagai satu fitnah jahat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, sumber memberitahu bahawa Fatin telah membuat laporan berhubung kejadian dirinya dicederakan oleh bekas suami kepada pihak polis baru-baru ini.

Menurut laporan portal tersebut, sumber itu berkata Fatin dalam satu laporan polis yang dibuat mendakwa dia telah ditolak, dicakar dan ditampar oleh bekas suaminya selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan mesej antara dirinya dengan ahli keluarga.

Kata sumber itu, kejadian telah berlaku di rumah pasangan terbabit pada 22 November kira-kira jam 3 pagi sebelum bertindak membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Menurut laporan polis dibuat mangsa, pendakwah itu didakwa menolak wanita berkenaan menyebabkan dia terjatuh.

Lelaki berkenaan kemudiannya didakwa mencengkam pergelangan tangan mangsa hingga menyebabkan ada kesan cakar pada tangan kiri wanita terbabit.

Apa yang mengejutkan, kata sumber itu Da’i Farhan juga turut didakwa telah menepuk belakang bekas isterinya sebelum bertindak menampar pipinya.

Ekoran daripada kejadian itu, Fatin yang diketahui sedang hamil mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak oleh bekas suaminya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang sarat mengandung mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak lelaki terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku antara pasangan itu.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Tak Puas Hati, Bekas Isteri Da’i Farhan Pertama Buat Laporan Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*