Isteri Mengandung Penat Berdiri, Apa Yang Si Suami Lakukan memang Tak Sangka, Netizen Puji Tindakan Suami

Perkahwinan bukan sahaja bertujuan untuk menyatukan dua pasangan, tetapi ia juga membenarkan suami isteri berkongsi hidup dan bekerjasama dalam hal rumah tangga.

Secara realitinya, peranan dan tugas lelaki dan perempuan bergantung kepada dinamik sesebuah keluarga itu. Dalam kebanyakkan perkahwinan, lelaki akan mencari nafkah sementara perempuan ditugaskan untuk menguruskan rumah.

Namun ada juga keluarga di mana lelaki lebih selesa membuat kerja rumah sementara wanitanya berkerjaya. Walaupun begitu, kedua-dua suami dan isteri mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sama berat dalam membesarkan anak.

Ini bermakna lelaki tidak boleh lepas tangan walaupun ketika isteri sedang mengandung. Sebagai suami, lelaki bertanggungjawab untuk membantu isteri mereka melalui kehamilannya dengan lancar dan tenang.

Lebih lebih lagi kerana wanita mengandung melalui pelbagai cabaran emosi dan fizikal, antaranya pergerakan dan kekuatan mereka menjadi terbatas.

Oleh itu suamilah yang perlu melindungi dan memastikan emosi isteri mereka tidak terganggu serta kesihatan mereka tidak terjejas.

 

Itulah contoh yang ditunjukkan oleh seorang lelaki dari China ini yang sanggup menjadi ‘kerusi’ untuk isterinya yang hamil, apabila wanita itu penat berdiri.

Dalam satu rakaman CCTV yang tular, lelaki berkenaan dilihat bercangkung dan membongkokkan badannya untuk membenarkan isterinya duduk di atas belakangnya.

Tindakkan ‘gentleman‘ suami itu mencuri hati netizen China yang rata-rata memuji keprihatinan dan kesungguhannya untuk meringankan beban isterinya.

Namun ada juga netizen yang mengatakan si suami sepatutnya menyuruh isterinya duduk di bangku yang disediakan dalam bangunan itu daripada menunggu dalam keadaan tidak selesa.

Sumber: Next Shark

Be the first to comment on "Isteri Mengandung Penat Berdiri, Apa Yang Si Suami Lakukan memang Tak Sangka, Netizen Puji Tindakan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*